Cara polis
mengendali perhimpunan secara bertamadun bukan sekadar teori atas
kertas, ideal dalam buku, ataupun kata-kata di tepi bibir. Rombongan
kami dibawa untuk menyaksikan satu perhimpunan Anti ACTA, yang
berlangsung pada jam 2 petang, 9 Jun, di depan Dewan Bandaraya, Hamburg.
ACTA (Anti-Counterfeiting Trade Agreement)
adalah Perjanjian Perdagangan Anti-Pemalsuan, yang menetapkan piawai
antarabangsa bagi penguatkuasaan undang-undang terhadap hak cipta harta
intelek. Untuk negara Eropah seperti Jerman, ACTA dilihat memihak
kepada kepentingannya. Penyokong ACTA mendakwa bahawa kebanyakan negara
Eropah seperti Jerman, tidak memiliki bahan mentah sumber semulajadi,
di samping tidak menikmati kos buruh yang rendah seperti sesetengah
negara dunia ketiga. Pembangunan ekonomi mereka telah memasuki
peringkat penghasilan produk intelek. Seandainya cetak rompak
dibenarkan bermaharajarela atau perkongsian maklumat dibiarkan bebas di
ruang internet, maka kepentingan mereka (yang bergantung kepada
penghasilan produk intelektual) akan terjejas.
Namun demikian, mereka yang membantah ACTA menganggap bahawa penguatkuasaan undang-undang ini bakal menyekat kebebasan pengaliran informasi. Golongan ini menganjurkan pandangan bahawa industri penghasilan produk intelek perlu menyesuaikan diri dengan langkah perkembangan teknologi maklumat. Hujah mereka, penciptaan jentera juga menjejaskan peluang pekerjaan ratusan ribu buruh, tetapi akhirnya masyarakat itu berjaya menyesuaikan diri dengan model industri yang baru.
Bagaimanapun,
yang pastinya, anti-ACTA bukan pandangan sebulat suara masyarakat
Jerman, mahupun di Eropah. Eropah masih kesangsian, sama ada untuk
menandatangani ACTA atau tidak. Golongan anti-ACTA mengadakan
perhimpunan untuk kali ketiga pada 9 Jun, sebagai desakan agar
kerajaannya tidak menandatangani perjanjian tersebut.
Buka jalan untuk demonstran
Sekali imbas, mereka yang datang untuk menyatakan bantahan terhadap ACTA terdiri daripada golongan dengan latar belakang yang pelbagai. Golongan Punk dengan rambut yang tajam di tengah, mereka yang bertatoo pada lengan, orang kurang upaya yang datang dengan kerusi roda, malah budak-budak sekolah menengah. Ada yang membawa kanak-kanak, ada pula yang membawa binatang kesayangan... dengan kehadiran kira-kira 350 orang ketika ia bermula.
Sebuah
lori diubahsuai untuk dijadikan pentas bergerak, dilengkapi dengan
pemasangan pembesar suara. Seperti di Malaysia, penganjur mempunyai
sukarelawan yang bertugas untuk menjaga keadaan perhimpunan. Mereka
dilantik dari kalangan sahabat penganjur, atau kenalan sahabat
penganjur, dikenalpasti identitinya dengan lilitan kain pada lengannya.
Menurut penganjur, sukarelawan ini akan menegur individu yang membuat
kacau, dan selalunya individu yang ditegur akan mengawal diri sendiri
kemudiannya.
Seperti di Kuala Lumpur, pihak polis akan ditempatkan di depan dan belakang peserta perhimpunan. Bezanya, polis di Jerman berperanan sebagai pengiring kepada perhimpunan, dan memastikan kelancaran lalu lintas. Polis di depan sentiasa berkomunikasi dengan penganjur sepanjang perhimpunan berlangsung, memastikan kenderaan disekat untuk memberi laluan kepada peserta perhimpunan. Bukan kesemua laluan dalam bandar disekat, tetapi polis membuat sekatan di mana yang perlu hanya apabila peserta yang berarak mendekati. Oleh itu, kesesakan jalan raya tidak akan berlaku terlalu lama seandainya bilangan peserta perhimpunan tidak ramai.
Jikapun
bilangannya ramai, dan diadakan ketika musim membeli-belah menjelang
hari krismas, ia semestinya mencungkil rungutan peniaga. "Sudah tentu
peniaga akan pening kepala dan buat bising..." kata pengamal media
Jerman yang memberi penerangan kepada kami, sebelum menambah secara
berseloroh, "Tapi apa boleh buat? Hak asasi untuk kebebasan berhimpun
kan lebih penting daripada hak asasi untuk shopping (beli-belah)?"
Hak asasi berhimpun warga Jerman termaktub dalam Artikel 8 perlembagaan, berbunyi "Semua warga Jerman memiliki hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan tanpa perlu pemberitahuan atau kebenaran sebelumnya. Dalam kes perhimpunan luar bilik (outdoor assemblies), hak ini boleh terbatas atau tertakluk kepada undang-undang."
Menurut Philipp Schlager, seorang peguam hak asasi, jikapun perhimpunan yang berlangsung di dataran awam yang berbumbung, ia dianggap perhimpunan terbuka. Sebaliknya, seandainya perhimpunan diadakan di dalam stadium tanpa bumbung, ia bukan "perhimpunan terbuka".
Demonstran Malaysia jauh lebih beradab
Kami berarak bersama-sama demonstran. Lagu disiarkan melalui pembesar suara. Seorang penyanyi rock berada di atas pentas, dengan tali pinggannya yang berupa "deretan peluru". Bayangkan, seandainya peserta perhimpunan di Malaysia berpakaian dengan hiasan sedemikian rupa, apakah yang akan terjadi?
Jika dirujuk kepada beberapa perhimpunan seperti BERSIH dan Himpunan Hijau di Malaysia, pemerhatian wartawan MerdekaReview
mendapati bahawa peserta perhimpunan di Malaysia jauh lebih beradab
berbanding demonstran dalam perhimpunan anti-ACTA di Hamburg itu.
Misalnya, mereka meludah pada sticker "anti-ACTA" dan
dilekatkan pada cermin kereta di tepi jalan. Ia boleh dikategorikan
sebagai "vandalisme", tetapi masih dalam lingkungan toleransi masyarakat
setempat. Selain itu, mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan kata
kesat ketika melaungkan slogan, contohnya "Fuck ACTA", sepanjang
demonstrasi. Tiada yang akan dituduh berkelakuan tidak senonoh atau
biadap.
Polis tunjukkan jalan yang menarik perhatian umum
Jelas, demonstrasi telah diiktiraf sebagai hak asasi dan diterima sebagai saluran menyuarakan pandangan di masyarakat Jerman. Aktivis perjuangan anti-ACTA, Elmar Lecher, dari Chaos Computer Club ketika berkongsi pengalamannya bersama kami, berkata polis pernah mencadangkan kepadanya laluan yang harus diambil ketika mengadakan perhimpunan.
"Polis bertanya kepada saya, tujuan kamu (mangadakan perhimpunan) untuk menarik perhatian? Kalau begitu, ambil jalan ini. Lebih ramai orang yang berulang-alik di situ," katanya menggelakkan kami.
Pada hakikatnya, perhimpunan sedemikian adalah sesuatu yang biasa dan tidak sukar untuk dikendali. Bagi pihak polis, situasi hanya sukar apabila berlaku pertembungan dua demonstrasi, yang saling bertentangan pendapat. Maka, polis akan terperangkap di tengah-tengah, antara dua kelompok manusia ini. Tugas mereka bertambah rumit seandainya kedua-dua pihak saling membaling batu atau menyerang sesama lain.
Dalam
satu sesi perbincangan yang berlainan, Ketua Bahagian Jenayah di
Berlin, Oliver Tolle mengakui, sesungguhnya polis perlu menjawab kepada
Kementerian Dalam Negeri, tetapi polis terpaksa bertugas berlandaskan
undang-undang. "Bagaimana jikalau terdapat demonstrasi menentang
Menteri Dalam Negeri (atau pihak kerajaan)?" tanya kami.
"Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tertakluk kepada perlembagaan," Oliver Tolle jawab dengan begitu saja. Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah, bagaimana untuk menangani keadaan apabila perlembagaan menjamin hak berhimpun untuk "semua", termasuk mereka yang berbeza pandangan.
Dalam sesi perbincangan "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman", seorang pengamal media menjelaskan, seandainya sekumpulan berfahaman perkauman bermesyuarat dalam satu bilik di sebuah hotel, dan mengundang bantahan sekumpulan lagi orang, untuk berdemo di depan hotel tersebut, polis terpaksa melindungi orang yang berada dalam hotel.
Ini
kerana perhimpunan kedua adalah respon kepada perhimpunan pertama
(dalam bilik hotel). Oleh yang demikian, hak berhimpun untuk kumpulan
pertama perlu dijamin terlebih dahulu, selagi apa yang dilakukan tidak
bercanggah dengan perlembagaan. Dan lebih penting, atas nama "hak
asasi" dan "demokrasi", polis terpaksa melindungi mereka yang berbeza
pendapat dengan masyarakat arus perdana.
Persoalan pokoknya, hak asasi. Apabila hak ini diiktiraf, maka sebarang soalan teknikal atau pertikaian yang menyusul, akan ditangani sebaik mungkin. Ianya menjadi kayu ukur sejauh mana tekad politik untuk pertahankan hak ini. Persoalan seperti kesesakan jalan raya, gangguan perniagaan, demonstrasi tidak mendukung pandangan arus perdana dan sebagainya, terlalu bodoh jikalau diajukan di Jerman. (Bahagian kedua, tamat)
Namun demikian, mereka yang membantah ACTA menganggap bahawa penguatkuasaan undang-undang ini bakal menyekat kebebasan pengaliran informasi. Golongan ini menganjurkan pandangan bahawa industri penghasilan produk intelek perlu menyesuaikan diri dengan langkah perkembangan teknologi maklumat. Hujah mereka, penciptaan jentera juga menjejaskan peluang pekerjaan ratusan ribu buruh, tetapi akhirnya masyarakat itu berjaya menyesuaikan diri dengan model industri yang baru.
Buka jalan untuk demonstran
Sekali imbas, mereka yang datang untuk menyatakan bantahan terhadap ACTA terdiri daripada golongan dengan latar belakang yang pelbagai. Golongan Punk dengan rambut yang tajam di tengah, mereka yang bertatoo pada lengan, orang kurang upaya yang datang dengan kerusi roda, malah budak-budak sekolah menengah. Ada yang membawa kanak-kanak, ada pula yang membawa binatang kesayangan... dengan kehadiran kira-kira 350 orang ketika ia bermula.
Seperti di Kuala Lumpur, pihak polis akan ditempatkan di depan dan belakang peserta perhimpunan. Bezanya, polis di Jerman berperanan sebagai pengiring kepada perhimpunan, dan memastikan kelancaran lalu lintas. Polis di depan sentiasa berkomunikasi dengan penganjur sepanjang perhimpunan berlangsung, memastikan kenderaan disekat untuk memberi laluan kepada peserta perhimpunan. Bukan kesemua laluan dalam bandar disekat, tetapi polis membuat sekatan di mana yang perlu hanya apabila peserta yang berarak mendekati. Oleh itu, kesesakan jalan raya tidak akan berlaku terlalu lama seandainya bilangan peserta perhimpunan tidak ramai.
Hak asasi berhimpun warga Jerman termaktub dalam Artikel 8 perlembagaan, berbunyi "Semua warga Jerman memiliki hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata, dan tanpa perlu pemberitahuan atau kebenaran sebelumnya. Dalam kes perhimpunan luar bilik (outdoor assemblies), hak ini boleh terbatas atau tertakluk kepada undang-undang."
Menurut Philipp Schlager, seorang peguam hak asasi, jikapun perhimpunan yang berlangsung di dataran awam yang berbumbung, ia dianggap perhimpunan terbuka. Sebaliknya, seandainya perhimpunan diadakan di dalam stadium tanpa bumbung, ia bukan "perhimpunan terbuka".
Demonstran Malaysia jauh lebih beradab
Kami berarak bersama-sama demonstran. Lagu disiarkan melalui pembesar suara. Seorang penyanyi rock berada di atas pentas, dengan tali pinggannya yang berupa "deretan peluru". Bayangkan, seandainya peserta perhimpunan di Malaysia berpakaian dengan hiasan sedemikian rupa, apakah yang akan terjadi?
Polis tunjukkan jalan yang menarik perhatian umum
Jelas, demonstrasi telah diiktiraf sebagai hak asasi dan diterima sebagai saluran menyuarakan pandangan di masyarakat Jerman. Aktivis perjuangan anti-ACTA, Elmar Lecher, dari Chaos Computer Club ketika berkongsi pengalamannya bersama kami, berkata polis pernah mencadangkan kepadanya laluan yang harus diambil ketika mengadakan perhimpunan.
"Polis bertanya kepada saya, tujuan kamu (mangadakan perhimpunan) untuk menarik perhatian? Kalau begitu, ambil jalan ini. Lebih ramai orang yang berulang-alik di situ," katanya menggelakkan kami.
Pada hakikatnya, perhimpunan sedemikian adalah sesuatu yang biasa dan tidak sukar untuk dikendali. Bagi pihak polis, situasi hanya sukar apabila berlaku pertembungan dua demonstrasi, yang saling bertentangan pendapat. Maka, polis akan terperangkap di tengah-tengah, antara dua kelompok manusia ini. Tugas mereka bertambah rumit seandainya kedua-dua pihak saling membaling batu atau menyerang sesama lain.
"Menteri Dalam Negeri bagaimanapun tertakluk kepada perlembagaan," Oliver Tolle jawab dengan begitu saja. Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah, bagaimana untuk menangani keadaan apabila perlembagaan menjamin hak berhimpun untuk "semua", termasuk mereka yang berbeza pandangan.
Dalam sesi perbincangan "Kebebasan berhimpun: Hak asasi di Jerman", seorang pengamal media menjelaskan, seandainya sekumpulan berfahaman perkauman bermesyuarat dalam satu bilik di sebuah hotel, dan mengundang bantahan sekumpulan lagi orang, untuk berdemo di depan hotel tersebut, polis terpaksa melindungi orang yang berada dalam hotel.
Persoalan pokoknya, hak asasi. Apabila hak ini diiktiraf, maka sebarang soalan teknikal atau pertikaian yang menyusul, akan ditangani sebaik mungkin. Ianya menjadi kayu ukur sejauh mana tekad politik untuk pertahankan hak ini. Persoalan seperti kesesakan jalan raya, gangguan perniagaan, demonstrasi tidak mendukung pandangan arus perdana dan sebagainya, terlalu bodoh jikalau diajukan di Jerman. (Bahagian kedua, tamat)
Bahagian pertama: "Ini bukan perang, demonstran akan kembali..."
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview
(edisi Bahasa Malaysia), mengambil bahagian dalam program "Anjakan
Paradigma: Kebebasan berhimpun dan penyertaan warga negara", dianjurkan
oleh International Media Alliance (IMA), berlangsung dari 6 hingga
11 Jun 2012, di Berlin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan