Khamis, 19 Julai 2012

Kit Siang: Najib kehilangan peluang terbaik untuk bubarkan parlimen

 Lim Kit Siang


Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk membezakan di antara yang baik dan buruk, respon yang diberi dalam tempoh seminggu "online" dan "offline" untuk memberi sokongan kepada ahli parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan air Selangor (Syabas) yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.

Tony (gambar kiri) sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak RM200,000.

Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.

Kes saman fitnah Tony merupakan salah satu daripada pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh pemimpin DAP selepas tsunami politik 308 selepas pilihanraya umum 2008, yang telah telah membawa kepada perubahan lanskap politik dengan pembentukan lima kerajaan negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak - walaupun penggulingan kerajaan yang tidak sememangnya tidak berperlembagaan telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dari menjadi kerajaan negeri Perak, tetapi kami yakin akan kemenangan negeri Perak dalam pilihanraya akan datang) dan penolakan dua pertiga majoriti BN di parlimen.

Negara Malaysia termasuklah rakyatnya akan menghadapi dua ujian yang kritikal menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan akhirnya akan diadakan, samada dalam dua atau tiga tahun atau tahun hadapan.

Masa sudah suntuk bagi Najib Razak dan telah melepaskan peluang untuk memilih masa terbaik bagi pembubaran Parlimen untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam yang sudah hilang sama sekali terutamanya selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April tahun ini.

Najib harus sedar akan keadaannya, yang jelas menunjukkan terdesaknya beliau sehingga merampas tarikan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen pilihanraya PRU13 - dengan menekankan tema kempennya "Janji Ditepati" yang digunakan sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia haruslah dilihat sebagai satu perayaan sambutan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, jantina, umur dan paling penting pendirian politik, boleh bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dan penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Akan tetapi Perdana Menteri yang terdesak tidak dapat membezakan di antara Negara dan puak-puak yang berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi beberapa pihak.

Kegagalan untuk membuat keputusan yang penting di antara kepentingan Negara dan pihak-pihak berkuasa, atau dalam kerajaan, parti-parti politik dan kepentingan peribadi adalah sebab utama penyalahtadbiran negara yang begitu teruk, tidak kiralah jika ianya penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah dan kronisme yang berleluasa.

Daripada saat ini sehingga Hari Malaysia pada 16 September, biarlah gemaan slogan "Janji Ditepati" seluruh negara menjadi satu peringatan kepada semua anak bangsa Malaysia bahawa mereka perlu bersatu padu dalam menuntut satu perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 sekiranya mereka benar-benar mahukan janji-janji demokrasi, keadilan, pembangunan, dan pentadbiran yang bersih dan jujur di Malaysia semua dilaksanakan.

Jika ditinjau kembali, masa terbaik untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum patut pada masa yang sama pilihanraya negeri Sarawak diadakan pada 16 April tahun lepas, atau tiga bulan selepas pilihanraya negeri Sarawak dan sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

Tetapi dengan perwatakan beliau yang berdolak-dalik, Najib telah kehilangan inisiatif dan peluang untuk membubarkan Parlimen.  Beliau hanya boleh berjudi dengan baki sembilan bulan sebelum sidang Parlimen ke-12 dibubarkan secara automatik pada 28 April 2013 dengan pilihanraya umum ke-13 yang wajib diadakan selewat-lewatnya dalam pertengahan bulan Mei tahun depan.

Pilihan raya Umum ke-13 merupakan satu ujian kritikal bagi Najib, dengan keraguan samada Najib mampu membawa UMNO/BN memperoleh kemenangan dalam pilihanraya umum untuk mengekalkan mandat beliau sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi juga satu ujian untuk melihat samada beliau mampu untuk meraih kemenangan yang lebih besar berbanding dengan Abdullah Ahmad Badawi untuk menangkis apa-apa percubaan oleh UMNO untuk menggulingkan beliau seperti yang dilalui Abdullah dalam 2009.

Rakyat Malaysia mesti membuat keputusan untuk menentukan jika pimpinan Najib telah mempengaruh mereka, slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"; pelbagai program transformasi, tidak kiralah berhubung dengan kerajaan, ekonomi, politik atau sosial; dan baru-baru ini, siri jelajah "Janji Ditepati".

Sudahkah Najib melakukan apa yang telah dijanjikan dengan slogan 1Malaysia dan telah menyatupadukan rakyat Malaysia atau jurang di antara kaum atau agama dijarakkan lagi dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri?

Adakah rakyat Malaysia berasa lebih selamat di jalanraya, tempat awam dan juga dalam privasi kediaman mereka walaupun dengan segala publisiti berkenaan dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) di mana penurunan jenayah adalah sebahagian daripadanya?

Kita sedang menghadapi satu situasi yang penuh skandal dalam pembanterasan jenayah tidak dititikberatkan dan menggunakan khidmat luar seperti yang disaksikan dengan pertumbuhan komuniti "berpagar dan terkawal", tetapi hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut sekarang berbanding dengan masa sebelumnya.

Sudahkah kita mencapai NKRA dalam membasmi rasuah?  Hanya dua hari yang lepas, kita telah menyaksikan ulangtahun Teoh Beng Hock, seorang mangsa kekejaman dan ketidakadilan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (MACC) yang mesti bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock di atas sebab penyalahgunaankuasa oleh para pegawai MACC.

Dapatkah keluarga Teoh Beng Hock mengharapkan keadilan seperi yang telah dijanjikan oleh Najib apabila dalam mencari pembunuh Teoh Beng Hock?  Jawapannya, tidak - kerajaan Pakatan Rakyat yang bersedia untuk membuka penyiasatan peringkat tinggi untuk memperoleh kesudahan dalam pembunuhan Teoh Beng Hock dan membawa pembunuh kemuka pengadilan.

Berjayakah MACC dalam pembanterasan rasuah, dengan mencekup "ikan besar" seperti yangdilihat di Indonesia, Filipina, India, Hong Kong dan China?

Kegagalan program GTP dan NKRA Najib dapat dilihat dengan kedudukan Malaysia yang telah jatuh menjunam ke tempat 60 dalam "Transparency International Corruption Perception Index 2011" dengan skor terendah CPI 4.3.

Walaupun PRU13 akan menjadi satu ujian kritikal bagi Najib, ia juga merangkumi dua lagi ujian bagi rakyat Malaysia, samada Malaysia sudah matang sebagai negara berdemokrasi dan sebagai negara yang merdeka selepas 55 tahun.

Untuk kali pertama dalam sejarah pilihanraya negara, pengundi Malaysia akan membuang undi dengan satu kesedaran bahawa undi mereka mempunyai kuasa untuk membawa perubahan pimpinan kerajaan pada peringkat persekutuan secara berdemokrasi.

Adakah mereka akan berani melakukan apa yang patut dan jika ya, adakah mereka dibenarkan berbuat demikian.

Sudah ada puak-puak yang sedang rajin bekerja untuk menyebarkan fitnah untuk mewujudkan satu keadaan di mana rakyat Malaysia berfikiran buruk, membenci dan ditakut-takutkan, dengan UMNO/BN merekrut angkatan tentera 10,000 "cybertrooper" untuk mengapi-apikan sentimen dan ketegangan di antara kaum dengan laporan-laporan yang palsu yang diputarbelit oleh piahk-pihak yang "berbakat".

Saya telah melihat isu bulan Mei 2012, naskah Selangor Kita yang jelas penerbitan BN/UMNO walaupun tidak memaparkan identiti pihak pencetak mahupun penerbitnya.

Terpapar dalam muka 2 dalam adalah petikan berikut:

"KOMEN LIM KIT SIANG TERHADAP AGONG KITA"

"SUMBER DAP: Lim Kit Siang dalam komennya berkata Raja-Raja Melayu semuanya Lanun.  Semuanya Perompak.  Kata Lim Kit Siang lagi, buat apa hormat Agong, buat habis wang ringgit cukai rakyat sahaja beri pada Raja-Raja Melayu."

Kenyataan ini merupakan berita fitnah palsu semata-mata yang tidak pernah saya katakan.

Melalui laman sesawang, "cybertrooper" UMNO/BN menyebarkan tuduhan berbaur fitnah bahawa saya bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 dan saya telah merayau di Kuala Lumpur selepas keputusan pilihanraya umum 1969 sambil melemparkan komen-komen"anti-Melayu" yang juga telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

Hakikatnya, saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disemak dengan pihak media pada masa tersebut dan dengan rujukan rekod polis.

Saya sedang bertanding kerusi parlimen Bandar Melaka pada tahun 1969 dan pada pagi 13 Mei 1969, saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk memberi pertolongan kepada calon-calon bebas dalam kempen pilihanraya negeri Sabah kerana pilihanraya umum 1969 di Sabah/Sarawak dijalankan dua minggu selepas ianya diadakan di Semenanjung Malaysia.

Saya telah dinasihati agar tidak pulang ke Kuala Lumpur selepas saya diusir keluar dari negeri Sabah oleh Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Mustapha disebabkan oleh ucapan saya dalam perhimpunan awam di Kota Kinabalu.

Pada pagi 14 Mei 1969, sekumpulan pegawai Imigresen telah datang ke hotel yang saya menginapi di KK untuk menyerahkan arahan "notis pengusiran" (eviction order) kepada saya.  Tetapi saya tidak tinggalkan Kota Kinabalu sehingga 15 Mei kerana saya telah lepas penerbangan pada 14 Mei.  Oleh kerana pada masa itu, darurat telah diumumkan, tidak ada penerbangan sambungan (connecting flight) dan saya terpaksa bermalam di rumah Devan Nair di Singapura untuk dua malam.

Saya telah berhubung dengan pemimpin-pemimpin parti dan keluarga saya melalui perkhidmatan telefon dan mereka telah menasihati saya untuk jangan kembali kerana nama saya berada dalam "senarai hitam" Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan saya pasti akan ditahan.

Saya telah memberitahu pemimpin-pemimpin parti bahawa saya tiada pilihan samada untuk kembali ke Malaysia atau tidak kerana saya gagal akan tugas saya sebagai wakil rakyat jika saya bukan bersama rakyat pada masa kesusahan.

Pada 17 Mei 1969, sayatelah menaiki penerbangan dari Singapura dan telah ditahan di Lapangan Terbang Subang, dan dengan itu mulalah siri penahanan saya di bawah ISA.

Adakah saya akan pulang ke Malaysia sekiranya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei?

Bahkan, dalam kedua penahanan pertama dan kedua ISA dalam 1969 dan 1987, saya tidak pernah disoal mengenai lokasi saya pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969 semasa sesi soal jawab yang serius oleh wakil Cawangan Khas, kerana pihak polis tahu bahawa saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada masa itu.

Tetapi apa yang lebih menghairankan adalah tuduhan melulu "cybertrooper" UMNO/BN bahawa Lim Guan Eng juga bertanggungjawab dalam mencetus rusuhan 13 Mei 1969 berdasarkan fakta bahawa Guan Eng pada masa itu menjawat Ketua Pemuda DAP dan berada di barisan hadapan dalam melemparkan tohmahan "anti-Melayu".

Hakikatnya, Guan Eng hanya berumur lapan tahun pada Mei 1969 - yang menunjukkan betapa tidak berprinsip dan kotor taktik politik yang digunakan di Malaysia menjelang pilihanraya umum dengan dakwaan melulu yang liar terhadap seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun.

Saya faham bahawa satu filem kisah 13 Mei yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Sept.  Adakah ini salah satu daripada kempen fitnah untuk memberi gambaran buruk mengenai DAP dan Pakatan Rakyat untuk menanam perasaan prasangka buruk, kebencian dan perasaan takut di antara rakyat Malaysia menjelang Pilihanraya Umum Ke-13?

Saya tidak akan membuat apa-apa keputusan terburu-terburu tetapi saya ingin tahu jika satu penayangan khas tayangan tersebut sebelum ianya ditayangkan secara umum supaya kita tahu akan kedudukan kita ini.

Walau bagaimanapun, ujian kritikal rakyat Malaysia dalam pilihanraya umum yang akan datang samada sistem demokrasi Malaysia dan pembangunan negara ini telah menjadi lebih matang untuk menangkis semua taktik politik kotor dan untuk memastikan semua warga Malaysia tidak tunduk kepada tindakan tidak bertanggungjawab dalam penggunaan politik fitnah supaya rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan.

Rakyat Malaysia, tidak kira kaum dan agama, harus berbangga sebagai patriot negara tercinta ini yang bersedia untuk membuang undi disebabkan semangat cintakan negara dan untuk masa depan negara ini dan generasi anak-anak kita dalam satu usaha nasional dengan menggunakan proses demokrasi yang sah untuk membawa perubahan politik secara aman tenteram.

*Kenyataan media oleh Lim Kit Siang (gambar kanan) selaku Ketua Parlimen DAP dan ahli parlimen Ipoh Timur, dalam majlis makan malam mengumpul dana "Solidarity and Support for Tony Pua vs Syabas" di Dewan Sivik, MBPJ pada Selasa 17 Julai 2012 pada jam 9 malam.

Tiada ulasan: