Selasa, 3 Julai 2012

Kes Scorpene: 153 dokumen polis Perancis didedah

KEADILAN DAILY

Antara bahagian daripada 153 dokumen yang didedah Asia Sentinel


KUALA LUMPUR i: Sebanyak 153 dokumen rasmi dimuat naik ke dalam laman web Asia Sentinel berhubung siasatan polis Perancis dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene.
Antara bahagian daripada 153 dokumen yang didedah Asia Sentinel

Dokumen itu dibentang kepada Mahkamah Perancis pada Mei dan Jun 2011, menjelaskan urusniaga Scorpene oleh firma pertahanan Perancis, DCN kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Menurut Asia Sentinel, ia mendedahkan rasuah kedua-dua belah pihak termasuk unsur “Peras ugut, penyalahgunaan pengaruh, salahguna aset korporat dan penyembunyian maklumat.

“Dokumen-dokumen menunjukkan bahawa banyak aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan pengetahuan penuh pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan Perancis dan Malaysia,” lapor laman ini.

Lapor Asia Sentinel, sebelum ini terdapat keraguan di Malaysia sama ada dokumen berkenaan benar-benar wujud atau direka oleh Pakatan Rakyat.

“Ini adalah bukti bahawa dokumen ini memang wujud. Pembaca yang berbahasa Perancis boleh memeriksanya pada masa lapang mereka,” dedah Asia Sentinel.



Dokumen berkenaan dihantar pengirim tanpa nama kepada Asia Sentinel, ekoran pendedahan berterusan portal antarabangsa itu membongkar rasuah Scorpene sejak pembunuhan Altantuya Shaariibu pada 2006.

Menurut Asia Sentinel, adalah diketahui Altantuya menemani Menteri Pertahanan ketika itu, Najib Razak ke Paris dalam rundingan kontrak kapal selam berkenaan.

Antara dokumen yang menjadi tumpuan ditanda sebagai doc 156, 151, 136, 87 dan 97.

Tiada ulasan: