Hafiz Yatim
Pengerusi
DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka
yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan
cuba
meresapi parti-parti pembangkang

Sambil
menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli
Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan
Pakatan Rakyat.
"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI dan
komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil
menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan
pakatan pembangkang.
Karpal (kanan) telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan