Khamis, 19 Julai 2012

Isu Syabas: Selangor serah Pusat surat rasmi

HARIZ AIZAT MAHYUDDIN

Krisis air: Jangan jadi macam budak
Krisis Air
 
 
PUTRAJAYA - Kerajaan Negeri Selangor menyerahkan surat rasmi berkenaan hasrat untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menggunakan peruntukan Klausa 32 Perjanjian Konsesi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin di sini, hari ini.

Surat rasmi yang ditandatangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu diserahkan oleh empat Exco Kerajaan Negeri kepada wakil kementerian iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Chin, Nicholas Yii.

Exco-exco yang hadir menyerahkan surat rasmi tersebut ialah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar; Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Halimah Ali; Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.
Xavier berkata, Kerajaan Negeri berharap agar Kerajaan Persekutuan akan memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk mengambil alih Syabas.

"Kerajaan Persekutuan sepatutnya beri kerjasama kepada Kerajaan Negeri kerana Kerajaan Negeri inilah yang dipilih oleh rakyat, bukannya Syabas. Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan untuk selamat isu air dari kepentingan pihak tertentu demi rakyat," katanya selepas penyerahan surat.

Tiada ulasan: