Rabu, 11 Julai 2012

IGP: Polis siasat dakwaan tahanan ISA diseksa

Aidila Razak


 
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan itu akan menyiasat dakwaan bahawa pengawai siasatannya "menyeksa" tahanan ISA semasa reman.

"Oh ya, kita akan siasat... Sekiranya ada aduan, kita akan siasat," katanya kepada pemberita di Puchong hari ini.

Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan bahawa nota yang diseludup keluar daripada kem tahanan Kamunting mendakwa tahanan berkenaan diseksa semasa berada bawah jagaan polis sebelum dipindahkan ke kem tersebut.

Seorang jurucakap polis Ramli Yoosuf bagaimanapun menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak berasas" dan "berniat jahat".

Antara yang dinyatakan dalam nota berkenaan ialah seorang tahanan warga Iraq – Sami Hammad – yang mengakui melalui peguamnya bahawa beliau diseksa sehingga cuba membunuh diri semasa tempoh reman terssebut.

Kedutaa Iraq berkata mereka membuat susulan dengan kerajaan Malaysia melalui "saluran rasmi."

Tiada ulasan: