Selasa, 10 Julai 2012

Harga petrol RON95 juga mesti diturunkan

Oleh Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Keengganan kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON95 walaupun pasaran minyak dunia menurun ketika ini membuktikan Umno BN tidak mengutamakan rakyat berpendapatan rendah.



Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, kerajaan sepatutnya menurunkan harga RON95 kerana ia digunakan majoriti rakyat negara ini.

“Alasan mereka, RON95 masih disubsidi kerajaan walaupun harga minyak dunia meningkat. Mengapa jualan runcit kepada rakyat perlu ditentukan melalui pasaran dunia sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Harga runcit RON95 sekarang ialah RM1.90 seliter.

Pada 4 Julai lalu, kerajaan menurunkan harga RON97 20 sen kepada RM2.60 berikutan harga minyak dunia pada Jun lalu menurun.

Sebelum ini harga minyak itu diturunkan 10 sen seliter menjadikan harga runcit kepada RM2.80.
Mengulas penurunan itu, Jui Meng berkata, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat berpendapatan rendah.

Beliau berkata, RON97 hanya digunakan oleh kenderaan mewah dan penurunan itu hanya menguntungkan golongan berpendapatan tinggi.

Tiada ulasan: