Selasa, 3 Julai 2012

Dokumen 87 sahkan peranan Najib dalam pembelian Scorpene

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Dokumen 87 daripada 153 dokumen siasatan polis Perancis mendedahkan peranan Najib Razak dalam urusan pembelian Scorpene.



 Ia merupakan tuntutan USD1 bilion (RM3 bilion) dibuat Najib kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNI untuk bertemu beliau sebelum pembelian dibuat.

Siasatan itu menerangkan, dokumen-dokumen disita polis Perancis dari pejabat Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010, termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.

Faks itu dihantar F DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud, wakil DCNI bertajuk ‘Malaysia/Submarine Project’. Dupont merupakan wakil syarikat Thales Asia International di Malaysia.

Beliau memperincikan kronologi lawatan dan perjanjian dirancang dalam mesyuarat dengan Kementerian Pertahanan dan pengurusan Perimekar semasa dua kontrak disebut (dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia).

Selain rundingan Mindef dan Perimekar, turut dinyatakan perjumpaan Najib diatur di Perancis pada 14 Julai 2001, dengan syarat DCNI menawarkan USD1 bilion atau RM3 bilion kepada Perimekar.

Tiada ulasan: