Jumaat, 6 Julai 2012

Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet

THE MALAYSIAN INSIDER

Debat pusingan kedua: Lim Guan Eng (atas) sama Chua Soi Lek.
 
 
KUALA LUMPUR, 6 Jul — Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA. 
MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web MCA, dan disini.

Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30pm hingga 4.30pm.

Tajuk debat itu ialah “DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?” (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara). — Bernama

Tiada ulasan: