Selasa, 17 Julai 2012

DAP: Bos SEDA tak tahu menahu tender sendiri?


MALAYSIA KINI
 
 
 
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyelar ketua Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang didakwanya tidak bercakap benar atau tidak tahu menahu berhubung proses tender kuota tenaga solar.

Pua membariskan beberapa keperluan SEDA yang didakwa bertentangan dengan kenyataan pengerusinya Tan Sri Fong Chan Onn, antaranya sama ada syarikat ditubuhkan sehari sebelum tarikh akhir tidak boleh ditolak.

Antaranya, kata Pua, keperluan untuk perjanjian penggunaan tapak untuk lokasi dicadangkan untuk mengusahakan tenaga solar, pematuhan ketat kewangan seperti baki minimum wang dan butir-butir pembiayaan.

mca disciplinary board 230210 fong chan onn"Bukan mendedahkan bagaimana kriteria teknikal dan komitmen kewangan, Fong Chan Onn sebaliknya mengugut untuk menyaman fitnah saya.

"Berdasarkan kenyataan (Fong) ini, sama ada ada beliau tidak tahu menahu atau tidak bercakap benar kepada semua orang," kata setiausaha publisiti DAP dalam kenyataan hari ini.

SEDA pada 13 Julai lalu bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Pua berhubung dakwaannya bahawa tender bagi kuota bekalan tenaga solar diberi kepada syarikat yang tidak berkelayakan.

Walaupun enggan mengulas persoalan yang ditimbulkan, Fong bagaimanapun berkata kenyataan Pua merupakan tuduhan serius terhadap beliau.

Fong berkata dimaklumkan bahawa penasihat undang-undang Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan meneliti kenyataan Pua sebelum membuat keputusan tentang tindakan yang akan diambil.

Tiada ulasan: