Wanita Pakatan Rakyat melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) - ala Buku Jingga - yang memperuntukkan pelan pembangunan "mengangkat martabat Wanita" melibatkan kos lebih RM5 bilion jika berjaya menawan Putrajaya.
Ia antaranya memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 bulanan kepada suri rumah dan caruman antara RM10 hingga RM100 oleh suami kepada isteri sebagai simpanan hari tua, perubatan dan tabung bantuan musibah.
"Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberikan tidak boleh berbentuk sekali sekala, tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata Ketua Wanita DAP Chong Eng.
Perkara lain yang ingin dilaksanakan, Penubuhan Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional dan menubuhkan Pusat Wanita Berdaya untuk menggerakkan latihan dan ilmu kepada kumpulan wanita.
Ia bertujuan menangani masalah keganasan rumah tangga dan seksual terhadap wanita, sekiranya berkuasa, tambahnya.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, exco kerajaan Selangor Teresa Kok, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusof,
Sementara itu, Zuraida berkata, risalah terbaru Wanita Pakatan itu akan dicetak 9,000 naskhah dan dibahagikan kepada setiap parti gabungan Pakatan untuk diedarkan.
Katanya lagi, Wanita Pakatan juga akan mengadakan siri jelajah untuk memberi penjelasan kepada rakyat selepas pelancaran rasmi agenda tersebut pada 3 September depan di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan