Isnin, 23 Julai 2012

BN, Pakatan sedang perhalusi senarai calon, ramai muka baru dalam senarai

Oleh Jahabar Sadiq
 
 
KUALA LUMPUR — Muka baru dijangkan akan mendominasi senarai calon pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua ingin mendapatkan undi 3 juta pengundi baru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang yang dijadualkan paling cepat pada September ini, kata sumber. 
 
The Malaysian Insider difahamkan, BN sedang mengambil golongan profesional dari beberapa agensi seperti dari Pemandu sebagai langkah untuk mendapatkan kembali majoriti dua pertiga di parlimen dan negeri-negeri yang diambil oleh PR pada PRU 2008. Sementara parti-parti komponen dalam PR pula, telah menerima beratus Cv dari mereka yang merasakan boleh menjadi wakil rakyat.

“Datuk Seri Najib Razak (gambar) menyemak senarai calon beberapa kali.

“Setiap kerusi sekurang-kurangnya terdapat empat nama dan dia mahukan yang terbaik dan boleh menang,” kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider dengan menggunakan istilah ‘calon boleh menang’ yang dipopularkan oleh perdana menteri (PM).

Najib yang mempengerusikan 13 parti dalam BN telah memberitahu parti komponen tentang pembahagian kerusi sekarang akan berdasarkan calon boleh menang berbeza dengan formula sebelum ini yang menyaksikan MCA, MIC dan Gerakan kalah teruk dalam PRu 2008.

Diantara perubahan adalah, pengerusi BN sendiri akan memilih calon yang dicadangkan oleh parti selain Umno, terutamanya yang dapat menarik undi orang muda. PM telah melancarkan beberapa program seperti perjumpaan dengan pengguna Twitter dan minggu lalu 1Malaysia Untuk Belia (1M4U) di ibukota untuk mempengaruhi generasi muda untuk bersamanya.

Najib menyeluruh.

“Dia sudahpun mengintai calon dari Pemandu, dan kita tidak bercakap tentang Idris Jala, untuk mendapatkan lebih banyak sokongan,” kata sumber lain merujuk kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang diketuai oleh menteri di jabatan perdana menteri (JPM), Datuk Seri Idris Jala. Idris adalah senator, tetapi bukan ahli kepada mana-mana parti dalam BN.

The Malaysian Insider melaporkan semalam, pentadbiran Najib bercadang untuk mengadakan pilihan raya mengejut pada bulan September sebelum Hari Malaysia jika rancangan untuk membubarkan parlimen pada bulan hadapan menjadi.

Sumber memberitahu pembantu Najib telah memberi taklimat kepada beberapa orang berkenaan rancangan untuk mengadakan pilihan raya antara Hari Raya Aidifitri yang jatuh pada Ogos 19 dan Hari Belanjawan yang dicadangkan September 28. Hari Malaysia adalah pada 16 September.

Akan tetapi, PM yang memerlukan mandatnya sendiri itu berkata Sabtu lalu bahawa BN masih lagi belum selesai dengan senarai calon untuk PRU akan datang.

Senarai ini akan muktamad apabila tiba masanya.

“Selain itu adalah spekulasi.” Katanya apabila ditanya tentan kebenaran dakwaan beliau mengugurkan separuh daripada senarai nama yang dihantar.

Ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan semalam berkata parti tersebut telah mengaktifkan 6,667 pusat daerah mengundi di seluruh negara untuk mengukuhkan jentera pilihan raya itu sebagai persediaan pilihan raya yang semakin hampir.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut telah menjangkakan pilihanraya selepas Aidilfitri, katanya BN berkemungkinan akan mengambil peluang kerana ramai pengundi tidak sempat pulang ke daerah mengundi mereka, selepas perayaan besar umat Islam itu. Kebiasaanya, semasa Aidilfitri ramai yang pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

Sumber dari PR pula berkata setiap parti — PKR, PAS dan DAP — sudah menghantar beberapa nama kepada pemimpin mereka untuk disaring.

“Setiap pimpinan parti sudah ada senarai calon ditangan dan sedang mengkajinya.

“Hanya beberapa kerusi yang perlu ditukar dan itu akan selesai saat parlimen dibubarkan,” kata Sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber dari DAP pula mengesahkan beberapa muka baru akan bertanding PRU akan datang walaupun beberapa ahli politik veteran telah menyatakan hasrat untuk kekal. “Memang wajar kerana kemenangan 2008 telah memberikan keyakinan kepada ramai,” katanya.

The Malaysian Insider difahamkan, pembahagian kerusi parlimen PR adalah 66 kerusi untuk PAS, 47 untuk DAP dan selebihnya kepada PKR termasuk juga kepada sekutu di Sabah dan Sarawak.

“Kita akan bekerjasama dengan parti-parti tempatan di Borneo, oleh itu aka nada kerusi untuk mereka,” kata sumber PKR.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk mengundi pada PRU akan datang. Melibatkan 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun di 12 negeri. Walaubagaimanapun, empat negeri PR belum tentu akan mengadakan PRU serentak kerana mandat hanya akan berakhir pada April depan. Sarawak sudah pun menjalankan pilihan raya negeri mereka tahun lalu.

Tiada ulasan: