Isnin, 2 Julai 2012

“Belok Salah, Tak Belok Salah…..”; Undang-undang ‘Gila Babi’!

Skuad BO


 KUALA TERENGGANU – Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peraturan baru undang-undang jalan raya melibatkan pemanduan di hadapan lampu isyarat.

Katanya, peraturan itu memberikan laluan untuk pemandu untuk membelok ke kiri, walaupun lampu isyarat merah sedang menyala.

Namun katanya, sekiranya seseorang pemandu itu tidak membelok, ia menjadi satu kesalahan yang boleh didenda.

Beliau berkata, peraturan baru itu akan menyebabkan para pemandu kenderaan berhadapan dilemma, samada mahu membelok ke kiri atau pun sebaliknya.

“Nak belok salah tak belok salah, belok ke kiri sekiranya selamat, tetapi lampu merah sedang menyala, kalau langgar lampu merah salah dan kalau tak belok ke kiri juga salah,

“ni peraturan apa…peraturan gila babi…. Bukan sahaja gila babi….babi pun jadi gila dengan peraturan macam tu,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen pokok Sena berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pra program PAS Ganti Umno Kali Ke empat (PGU04) dan Himpunan Hijau Terengganu yang diadakan di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada 29 Jun.

Beliau turut membantah perlaksanaan sistem baru lalu lintas yang memasang kamera di lokasi tertentu bagi menggantikan tindakan saman ekor.

Katanya, perkara tersebut dibawa ke Parlimen setelah Kempen Anti saman Ekor (KASE) yang dipimpin beliau berjaya menyedarkan masyarakat.

Menurutnya, tindakan membantah saman ekor dan sistem baru yang diperkenalkan bukanlah bertujuan menggalakkan rakyat melanggar peraturan jalan raya.

Namun katanya, sebarang  tindakan kerajaan mestilah memberikan keadilan kepada rakyat dan bukannya menzalimi rakyat.

Ikuti ucapan penuh datuk Mahfuz melalui rakaman video di Buletinonline Channel

Tiada ulasan: