Sabtu, 14 Julai 2012

'Bebas tahanan ISA atau berdepan perhimpunan besar'

Nigel Aw


 
Pemuda PAS hari ini memberi kata dua kepada kerajaan persekutuan supaya membebaskan baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September ini atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.

NONEKetuanya, Nasrudin Hasan (kanan dalam gambar) berkata sempena
bulan Ramadan yang mulia, mereka akan berkempen untuk pembebasan 45 baki tahanan ISA di Kamunting.

Beliau menjangka perhimpunan tersebut akan diadakan September ini jika semua usaha mereka untuk pembebasan tahanan ISA itu, tidak diendahkan.

Bercakap dalam sidang media di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Nasrudin berkata, sebagai permulaan, parti itu telah menggerakkan hampir seribu ahlinya untuk mengadakan bantahan di Kamunting esok.

Walaupun ISA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma), tetapi undang-undang baru yang diwartakan pada 22 Jun lalu, masih membenarkan penahanan berterusan tahanan ISA yang sedia ada.

Tiada ulasan: