Sabtu, 14 Julai 2012

Bapa Altantuya ragui Najib yang tidak membantu siasatan Scorpene

  Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle



Bapa Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang telah dibunuh di Malaysia telah mempersoal kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu keberatan untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan rasuah Scorpenes di Perancis. Ini menandakan masa untuk Najib sebagai pemimpin negara untuk bangkit dan membersihkan namanya dan kerajaan Malaysia di mata dunia.

Kata-kata Setev bukan sahaja terang dan jelas untuk semua tetapi mempunyai implikasi yang mendalam bagi Malaysia sendiri, yang telah diheret ke dalam skandal yang sudah berlaku sejak 6tahun tahun yang lalu. Jika Najib tidak berani untuk mempertahankan namanya sendiri, pasti dia menyembunyikan sesuatu atau memang sebenarnya bersalah atas dakwaan yang dibuat keatasnya. Inilah yang dikatakan oleh Setev.

Dan jika ini adalah benar, maka rakyat Malaysia mungkin terpaksa menuntut perletakan jawatan daripada perdana menteri yang terpalit skandal ini jika dia enggan membersihkan namanya dan bertanggungjawab kepada mereka yang menjadi mangsa dan masyarakat global.
Diam tanda bersalah?


Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media di Malaysia pada hari Khamis dan dibaca pada sidang media oleh Ahli parlimen PKR Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, Setev berkata, amat mengejutkan apabila pentadbiran Najib tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu atau turut serta dalam siasatan Scorpenes '.

Anak perempuannya yang berusia 28 tahun itu dipercayai telah dibunuh kerana pengetahuannya tentang urus niaga kapal selam Scorpene, di mana DCNS, pembekal senjata Perancis telah dituduh merasuah pegawai Malaysia termasuk Najib untuk membolehkan penjualan sejumlah RM7.3bil kepada kerajaan Malaysia.

Setev juga menyatakan bahawa dia terkejut apabila Parlimen Malaysia - yang akan dikawal oleh parti Umno Najib - telah menolak usul baru-baru ini untuk membahaskan bukti baru dalam perbicaraan di Perancis yang menunjukkan rakan rapat Najib yang juga perunding bagi Scorpenes, Razak Baginda mungkin telah menjual maklumat rahsia ketenteraan kepada DCNS.

"Oleh kerana ia melibatkan pembunuhan anak perempuan saya, saya mengikuti perbicaraan kes Scorpene di Mahkamah Perancis dengan teliti. Perkembangan terkini memberitahu maklumat mengenai sebuah syarikat di Hong Kong yang dinamakan Terasasi dimana Razak Baginda adalah pengasas dan juga pengarahnya, terbabit dalam menjual rahsia ketenteraan kepada sebuah syarikat Perancis, "kata Shaariibuu.

Menyembunyikan bukti


DCNS kini dalam perbicaraan di Paris atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpenes oleh Malaysia. Polis Perancis telah menemui beratus-ratus dokumen yang masih lagi diteliti oleh mahkamah Perancis. Setakat ini, wang yang digunakan untuk pembayaran rasuah Scorpenes telah mengarah kepada Baginda, ramai yang menyifatkannya sebagai orang kuat Najib dan Umno.

Namun demikian, pihak berkuasa Malaysia termasuk Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan pegawai tentera telah menafikan rahsia tentera laut telah dijual. Dan walaupun perbuatan itu adalah pengkhianatan yang tinggi, tiada seorang pun dalam kerajaan Malaysia berani untuk menggesa agar suatu penyiasatan dibuat. Gaya bersahaja mereka ‘menyapu kotoran di bawah karpet’ telah mencetuskan kemarahan rakyat.

Beberapa pemerhati politik berkata Najib dan Umno akan terus menutup mata dan mengulangi penafian mereka kerana pilihan raya umum ke-13 negara akan diadakan tidak lama lagi. Kepada ayah Altantuya, ia mungkin nampak seperti mereka memperlekehkan kes pembunuhan anak perempuannya, tetapi bagi Najib, kedua-dua kes Scorpene dan Altanutya akan mendatangkan masalah yang serius dan boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan pengundi dan integriti peribadinya.

Kami ada bukti Altantuya pergi ke Perancis


Setev juga menyangkal dakwaan yang diputar belit oleh media Umno bahawa Altantuya tidak pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007. Scorpenes telah dibeli pada tahun 2002 dan Altantuya pula dibunuh pada tahun 2006.

"Kami mempunyai bukti bahawa dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti kami dikehendaki berbuat demikian. Saya berharap melalui kes ini dan usaha mereka di Perancis dan Malaysia, kita akan menemui kebenaran dan berharap perancang sebenar di sebalik pembunuhan anak perempuan saya akan dijumpai, "kata Setev.

Setev, juga menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam siasatan Scorpene dan boleh memberikan maklumat yang berguna yang akan membawa memberi maklumat yang berkemungkinan besar akan membantu siasatan kes. Dia juga sudah berada dalam senarai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah Perancis.

Ada kaitan- Altantuya dan Scorpenes


Sengaja membuat laporan yang salah, media Malaysia telah memetik rekod imigresen Perancis dan menegaskan bahawa ia menunjukkan dia tidak pernah memasuki Perancis.

Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen mahkamah yang terbaru menunjukkan bahawa dia telah berbuat demikian, mengukuhkan dakwaan Setev.

Terdapat juga testimoni rasmi pegawai DCNS yang berkata bahawa dia telah bertemu dan dia telah diperkenalkan kepadanya sebagai penterjemah Baginda.

Ada sebab-sebab yang jelas mengapa Najib dan Umno akan bersungguh-sungguh menjauhkan kes pembunuhan Altantuya daripada kes Scorpenes. Dalam kes Scorpenes, sekurang-kurangnya Najib dan Umno hanya didapati bersalah kerana rasuah sahaja.

Bagaimanapun, apabila hubungan antara pembelian Scorpenes dan Altantuya dibuat, ia akan menjadi sukar bagi mahkamah Malaysia untuk menolak agar kes dibuka semula. Bahkan perbicaraan semula apabila bukti baru terbongkar di Perancis dianggap penting dan menjadi motif utama di sebalik pembunuhan itu. Najib dan pegawai tertinggi Umno mungkin mendapati diri mereka dalam senarai suspek baru.

Berikan kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat Mongolia


Setev juga merayu kepada pentadbiran Najib untuk "tulus dan ikhlas" dalam memberi bantuan kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Kuala Lumpur untuk menyiasat kes pembunuhan Altantuya.

Altantuya, yang boleh bercakap dalam 4 bahasa, termasuk Bahasa Rusia, telah ditembak di hutan di Shah Alam oleh dua bekas pengawal peribadi Najib. Mereka juga meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalan mayatnya.

Walaupun kedua-dua polis telah dikenakan hukuman gantung kerana membunuh, rakyat ternyata tidak puas hati dengan penghakiman ini.

Pertamanya, Baginda telah dibebaskan dengan penuh kontroversi apabila bersubahat dalam pembunuhan itu. Dia dilihat telah dilepaskan dengan mudah, tanpa mendapat tahu perkara sebenar dari dirinya sendiri mahupun diperolehi polis atau pihak pendakwa. Kedua, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya bahawa perancang sebenar di sebalik pembunuhan itu masih belum didedahkan.

"Saya harap demi keadilan dan saling hubungan antara Mongolia dan Malaysia, kerajaan Malaysia akan memberi bantuan penuh ikhlas kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Malaysia Ogos ini untuk menyiasat pembunuhan anak perempuan saya."Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: