Khamis, 12 Julai 2012

Anak dapat kebenaran polis anjur Himpunan Oren

Jamilah Hamzah

MAZLAN-ALIMAN
 

SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihak polis  telah member kebenaran mengadakan Himpuan Oren Selamatkan Felda bagi menuntut hak peneroka di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala LumpurJalan Duta, Sabtu ini.

Mazlan berkata, pihak polis telah membenarkan perhimpunan secara aman itupada jam 2 petang dipekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dan atas faktor keselamatan.

“Kita telah berunding dengan pihak polis dan polis telah setuju untuk kami berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Dalam pada masa yang sama kami juga telah menghantar surat memohon kebenaran daripada pihak instana dan masih menunggu tindakan susulan mereka," katanya.

Anak akan menghantar memorandum kepada Istana Negara pada hari yang sama, jam 3.30 petang.
Menurutnya, pihak istana telah meminta senarai ahli yang terlibat untk penyerahan memorandum nanti dan meyemak terlebih dahulu.

Menurutnya, mereka telah membuat rundingan sebanyak dua kali dengan pihak polis bagi memberi persetujuan terhadap perhimpunan dan perarakan jalanan yang bakal disertai lebih 20,000 orang yang bermula dari Masjid Persekutuan sehingga ke Kompleks MahkamahJalan Duta.

“Polis memang tak benarkan kami berarak, namun kami telah hantar surat permohonan untuk meneruskan rancangan tersebut.

“Kami bagi masa sehingga Jumaat ini (13 Julai) untuk mendapat keputusan daripada pihal berkuasa kerana perhimpunan kami itu adalah secara aman," katanya lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Tiada ulasan: