Ahad, 22 Julai 2012

AMK demo gesa Selangor ambil alih SYABAS esok

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Selangor akan mengadakan demontrasi bagi mendesak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menyerahkan pengurusannya kepada kerajaan negeri, kata Naib Ketuanya, Azmizam Zaman Huri.

Menurutnya, demontrasi itu akan diadakan di Wisma Rozali Seksyen 13 Shah Alam, esok bermula jam 12 tengahari dan  rakyat Selangor turut dijemput hadir.

“Demo Bantahan Kegagalan SYABAS ini bertujuan mendesak SYABAS supaya menyerah operasi urus tadbir air kepada kerajaan negeri secepat mungkin dan tidak lagi bermain tarik tali dengan menyusahkan kehidupan rakyat.

“SYABAS selaku pemegang konsesi bekalan air di negeri Selangor gagal untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat negeri Selangor,

“Sehubungan itu AMK Selangor akan tampil dengan satu memorandum bantahan kepada SYABAS kerana (keputusan) bekalan air yang dicatu keterlaluan,” katanya.

Awal minggu ini, SYABAS mengumumkan Selangor kini berdepan krisis bekalan air dan menyatakan hasrat untuk mencatu bekalan air di negeri it, jika kerajaan negeri menolak pembinaan Loji Langat .
Bagaimanapun keputusan itu mendapat tentangan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menegaskan bekalan air di Selangor masih mencukupi.

Khalid Ibrahim yang ragu dengan keputusan SYABAS mengumumkan penstrukturan semula bagi mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus.

Tiada ulasan: