THE MALAYSIAN INSIDER
Satu
lagi pusingan perhimpunan anti-Lynas akan berlangsung serentak di 34
kota di Malaysia dan Australia pada 14 Julai akan datang susulan seruan
kumpulan antiprojek nadir bumi itu Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) untuk
"bertindak".Bertemakan "kami akan undi untuk masa depan yang bersih dan selamat", perhimpunan itu akan bermula pada jam 5 petang di sembilan negara di Malaysia dan beberapa kota di Australia termasuk Sydney, Perth dan Melbourne.
"Perhimpunan peringkat kebangsaan dianjurkan oleh SMSL. Kami menjangkakan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengambil bahagian.
"Ini hanya perhimpunan, bukan protes," kata Pengerusi SMSL Tan Bun Teet dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam.
Tan berkata, oleh kerana rakyat menuntut "persekitaran bersih dan selamat", perhimpunan akan memasukkan juga acara pilihan raya olok-olok, yang mana setiap peserta akan diberi kertas undi bagi mengundi menerima atau menolak Lynas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan