Jumaat, 14 Oktober 2011

PROF DR AZIZ BARI AKAN BERTANDING MEWAKILI PKR DI KULIM BANDAR BARU?

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK laporan akhbar Sinar hari ini, MP Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin yang digelar Zul Kulim menyelar tindakan Prof Dr Aziz Bari yang menyentuh kuasa Sultan Selangor di dalam isu pemeriksaan Gereja di Selangor baru-baru ini. Prof Dr Aziz Bari juga ada menyebut sebelum ini bahawa Sultan juga boleh dikritik oleh sesiapa sahaja sekiranya Sultan bertindak melebihi kuasa yang ada padanya.



Saya tidak mahu menyentuh samada titah Sultan Selangor itu betul atau tidak. Selaku Ketua Agama, memang benar Sultan mesti peka terhadap isu memurtadkan umat Islam. Di sebalik itu juga, Sultan mestilah adil dan saksama di dalam sebarang tindakannya sebelum memutuskan sesuatu perkara. Mungkin, Sultan Selangor telah bertindak seperti yang sewajarnya iaitu menyiasat kesemua pihak yang terlibat dan tidak meminggirkan pihak yang lain. Islam itu bukan sahaja adil tetapi mesti dilihat adil.



Zul Kulim ini pula tidak tentu pasal marah kepada Prof Dr Aziz Bari ini mengapa? Cuba hujah sedikit apa yang tidak kena dengan kenyataan Prof Dr Aziz Bari itu? Salahkah beliau berkata bahawa Sultan boleh dikritik? Benar atau tidak, di dalam sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan menyebut bahawa Raja mesti bertindak atas nasihat kuasa eksekutif iaitu PM atau MB?

Tentang cabaran YB Zul Kulim agar Prof Dr Aziz Bari agar masuk gelanggang politik dan bertanding di dalam pilihanraya, saya rasa Prof Dr Aziz Bari harus memikirkannya dengan serius. Saya bersetuju jika Prof Dr Aziz Bari memasuki gelanggang politik dan gelanggang pertama yang paling sesuai untuk beliau masuk adalah di Parlimen Kulim Bandar Baru. Mengapa di situ sesuai buat Prof Dr Aziz Bari? Pada saya di situ terdapatnya `seekor lembu peliharaan' yang boleh kita buat `korban' nanti.

Jika di Pasir Mas Berahim alkataki, Presiden Perkosa pernah berangan untuk mencabut setiap helai bulu Mat Sabu kerana kelantangan Mat Sabu di dalam isu Mat Indera, maka di kerusi Parlimen Pasir Mas nanti wajar diletakkan Mat Sabu untuk kita melihat bulu siapa yang akan tercabut. `Katak' tidak mempunyai bulu tetapi katak mempunyai kulit. Adakah bulu yang tercabut atau kulit yang tersiat?

Justeru itu, di Kulim Bandar Baru elok sangat jika Prof Dr Aziz Bari dicalonkan di situ untuk berdepan dengan `seekor lembu peliharaan'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: