Isnin, 24 Oktober 2011

PAS lepaskan bom: Umno ‘lakonkan’ Himpun utk hidup semula kerajaan 'unity'

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Pemimpin-pemimpin PAS telah mengeluarkan satu kenyataan, mendakwa UMNO untuk mencuba menghidupkan semula perbincangan kerajaan campuran di bawah samaran Perhimpunan Sejuta Ummat membantah pemurtadan yang telah diadakan pada hari Sabtu.

Bukan sahaja berita dakwaan kelicikan UMNO itu telah memeranjatkan seluruh negara, tetapi jika benar, ini sudah pasti akan menimbulkan kemarahan di kalangan golongan Kristian, yang membentuk 10 peratus daripada pengundi-pengundi di Malaysia dan yang sudah pun marah kerana sering digadaikan dalam polemik agama Perdana Menteri Najib Razak.

“Sebagai pemimpin Kristian tua di Malaysia, saya percaya sebagai komuniti kami sudah mejadi semakin sensitive, lebih berjaga-jaga dan berasa tidak selamat sebagai warga negara ini disebabkan oleh pihak berkuasa yang kelihatan membenarkan kelakuan beberapa golongan ekstrimis membuat dakwaan palsu ke atas kami,” Ramon Navaratnam, bekas presiden Transperency International memberitahu Malaysia Chronicle.

“Saya ingin menyuarakan ulasan yang dibuat oleh Dr Ahmad Farouk Musa daripada Islamic Renaissance Front pada hujung minggu. Beliau berkata berdasarkan banci populasi yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik, tidak ada satu pun orang Melayu yang telah menukar agama atau murtad. Jadi jika kamu bertanya kepada saya samada saya terkejut dengan dakwaan bahawa Himpun adalah satu samaran untuk tujuan politik, saya kata saya tidak terkejut.”

Gunakan Kristian untuk ‘kahwinkan’ PAS dengan UMNO

Perhimpunan Himpun dihindari oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang berkata tidak wujud ancaman pengkristianan di negara ini, maka, tiada alasan untuk menyokong demonstrasi itu.

Pemimpin-pemimpin Islam lain telah memberi amaran bahawa penganjur perhimpunan itu mungkin mempunyai motif-motif lain. Mereka menunjukkan bagaimana pentadbiran Najib telah membuka pintu luas untuk Himpun mendapatkan permit polis, dan menyelesaikan urusan-urusan lain yang melibatkan pelbagai agensi-agensi kerajaan persekutuan dalam masa yang sangat singkat.

Di sebalik kuasa yang membuka laluan untuk mereka, seruan Himpun kepada umat mesti dianggap salah. Hanya kurang daripada 5,000 orang yang hadir.

“Satu-satunya pemimpin senior PAS yang hadir ialah Hasan Ali, yang pergi secara peribadi. Mungkin dia berharap untuk menjumpai sesuatu yang tidak ada di situ,” MP Shah Alam Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.

Khalid, yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, mendakwa penganjur Himpun cuba menunjukkan Islam sedang “diancam”. Ini bertujuan untuk membangkit perasaan marah ahli-ahli PAS supaya mereka hadir dan menyokong majlis itu bersama-sama UMNO.

“Walaupun Perdana Menteri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin UMNO lain menyatakan mereka tidak ada kena mengena dengan Himpun, kumpulan adiknya Perkasa berserta pemimpin-pemimpin UMNO Selangor telah menyeru orang-orang Islam untuk turut menyertai Himpun. Jelaslah UMNO memerlukan PAS atau mereka akan menghadapi kekalahan besar di pilihanraya umum akan datang,” kata Khalid.

Hasan masih mengharapkan jawatan MB Selangor

Akibat daripada pilihanraya umum ke-12 yang telah diadalan pada Mac 2008, Hasan Ali – yang pada waktu itu Pesuruhjaya PAS Selangor – telah mencuba mengusulkan kerajaan campuran dengan UMNO. Tetapi, pemimpin-pemimpin tertinggi PAS termasuk presiden Hadi Awang dan Mursyidul Am Nik Aziz telah menolak rancangan itu.

Sejak itu, Hasan berterusan mencuba ‘mengkahwinkan’ kedua-dua parti Melayu itu walaupun tidak berjaya dan memberi kesan berat terhadap kerjayanya. Hasan diturunkan daripada ketua negeri di kongres tahunan parti itu pada awal tahun ini, dan ramai orang-orang dalaman PAS percaya dia masih belum berputus asa dan akan mencuba membantu UMNO berjaya.

Hasan, ahli DUN Gombak Setia, dipercayai ditawarkan jawatan Menteri Besar jika rancangan 2008 itu berjaya.

Sememangnya, perarakan Himpun adalah berikutan keputusan kontroversi Sultan Selangor di atas serangan Jais-DUMC pada 13 Ogos, di mana Hasan memainkan peranan utama.

Hasan dengan keras mempertahankan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) yang dikawal UMNO itu walaupun mereka menyerbu masuk Gereja Methodis Damansara Utama kerana disyaki berlaku aktiviti pemurtadan tanpa mendapatkan apa-apa waran geledah.- Malaysia Chronicle

2 ulasan:

faruk berkata...

hurmm.... HIMPUN ni bknnye utk sume umat Islam kew? bkn berkaitan politik en?

awangsaribu berkata...

SAPE NAK PEGI , BOLEH PEGI (MACAM HASSAN ALI TU ... ) SAPE TAK NAK, SUKA HATILAH !.

TAK DE PAKSAAN PUN !...TAPI IBRAHIM ALI BERIYA2 DATANG SEBAB ADA KIRA-KIRA LAIN UNTUK PUPOLARKAN PERKASANYA !