Kelihatannya seperti MCA telah menimbulkan satu lagi kekecohan dan hipokrisi yang dikatakan pengkritik akan menghanguskan apa-apa kredibiliti yang tinggal pada parti itu.
Walaupun sewaktu Wee Ka Siong, Ketua Pemuda MCA tergesa-gesa untuk meraih simpati umum untuk dirinya di atas isu Beliawani atau Pemuda Wanita MCA, telah digembar-gemburkan yang sememangnya, sekurang-kurangnya 4 daripada sekumpulan gadis-gadis cantik yang menghadiri perjumpaan tahunan Pemuda parti itu adalah model upahan.
Tetapi Kia Siong enggan menyentuh perkembangan terkini, sebaliknya memilih untuk menyalahkan pemimpin-pemimpin Pemuda PKR yang mula mempersoalkan samada gadis-gadis itu benar-benar ahli MCA.
“Secara logiknya, seseorang itu boleh membuat hubungan berikutan komentar beberapa pemimpin Pemuda PKR yang mengkritik MCA,” kata Wee yang dipetik oleh The Star. Malahan beliau mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang.
Secara langsung Wee dihentam oleh Naib Presiden PKR Chua Jui Meng, yang berkata dia membuat tuduhan tanpa asas dan tanpa bukti.
“Hanya orang bodoh yang akan tergesa-gesa membuat tuduhan seperti itu, lebih-lebih lagi apabila terdapat asas untuk mengatakan Khai Loon dan Pei Nei betul dalam perkiraan mereka. Kita ada kepercayaan yang kukuh bahawa ahli PKR tidak berpolitik longkang dan kita menjemput Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri untuk menjelaskan isu laporan berita mengenai gadis-gadis yang dikatakan model upahan itu,” kata Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
“Soi Lek juga merhutang penjelasan kepada rakyat mengapa Ka Siong dan Pemuda parti itu cuba memberi impresi yang gadis-gadis itu adalah ahli MCA. Seperti kata pepatah, siapa yang makan cili terasa pedas. Mungkin kerana inilah Ka Siong dan Beliawanis huru-hara tanpa memberi apa-apa bukti.”
U-turn ke hipokrisi yang mengejut
Sebuah portal berita melaporkan satu hari yang lalu bahawa empat daripada 10 gadis-gadis itu adalah model professional, bukan ahli MCA, memetik daripada seorang pengguna forum bernama ‘hdcyng’ pada laman web cari.com.my.
Ketua Beliawanis MCA Tee Hooi Ling dan timbalannya Nicole Wong, yang mengepalai serangan ke atas Ketua Pemuda PKR Lee Khai Loon dan ahli DUN Rawang Gan Pei Nei, sering menghentam Pei Nei kerana tidak menghormati kaum jantinanya sendiri, anehnya berdiam diri ketika ditemui untuk kepastian.
Tee menunjukkan Malaysiakini kepada Ketua Pemuda MCA Selangor Kow Cheong Wei, berkata dia berada di luar negara. Kow pula enggan memberi kepastian samada gadis-gadis tersebut adalah ahli MCA, sambil mengatakan media tidak seharusnya hanya focus pada sesetengah peserta AGM itu.
Keseganan Tee dan MCA jauh berbeza dengan nada mereka pada 5 Oktober lepas.
“Itu tidak benar, mereka semua ahli, saya rasa ada yang datang dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh mengeluarkan dakwaan sebegitu,” Malaysiakini melaporkan kata-kata Tee.
Untuk mengukuhkan hipokrisi Tee, beliau juga berkata adalah “amat jijik” apabila pengguna internet mempersoal keahlian mereka hanya kerana mereka rasa gadis-gadis itu cantik.
Orang berkata apabila kebenaran muncul, adalah menarik untuk kita lihat siapa yang menyalah guna wanita dan mempergunakan mereka sebagai objek seks, dan semua itu untuk mendapatkan keuntungan politik.
“Biar kebenaran timbul dengan sendiri. Tiada guna untuk menutup atau menyorokkan kebenaran kerana Beliawanis juga pada awalnya menghentam PKR kerana berkata gadis cantik tidak boleh masuk politik. Sekarang mereka tidak berani untuk berkata gadis-gadis itu diupah, selain untuk fungsi-fungsi lain, tetapi juga untuk tayangan lelaki-lelaki Pemuda MCA. Sangat macho, adakah itu yang cuba dikatakan oleh Wee? Sertai MCA dan kamu akan dikelilingi gadis-gadis cantik? Apa jenis kempen itu?” kata orang lama PKR Eddie Wong kepada Malaysia Chronicle.
Website bayangan dan menipu orang bodoh
Wee, yang juga merupakan Timbalan Menteri Pendidikan telah menyalahkan ketua-ketua pembangkang di atas laman web bernama Suara Keadilan Malaysia tetapi tiada kaitan langsung dengan PKR atau majalahnya Suara Keadilan. Laman web berita PKR bernama http://www.keadilandaily.com/.
Malahan, laman web ini sering dikunjungi bloger-bloger UMNO untuk menyuarakan propaganda anti-pembangkang mereka. Laman web itu telah menunjukkan gambar beberapa wajah ‘ahli Beliawanis’ di ‘superimpose’ ke atas tubuh-tubuh yang bergaya lucah.
“Website bayangan itu biasa. Antara yang paling terkenal ialah freemalaysiakini. Dan di Selangor, UMNO Selangor terang-terangan menerbitkan versi Selangorkini mereka untuk melawan Pakatan Rakyat. Untuk berpura-pura tidak tahu wujudnya benda-benda seperti ini menunjukkan samada Wee tidak mengikut perkembangan atau dia berpura-pura tidak tahu. Tetapi itu bukan alasan. Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, beliau tidak boleh cuba untuk memperdayakan rakyat yang kurang berpengetahuan, beliau patut meningkatkan pengetahuan mereka, bukan cuba menipu mereka yang tidak tahu,” kata Eddie.- Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan