Jumaat, 21 Oktober 2011

Isu Aziz Bari: Pakatan hentam UIA tunduk kepada UMNO

Maria Begum, Malaysia Chronicle

Seperti yang dijangka, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah tunduk kepada pentadbiran Najib dan menggantung professor undang-undang Abdul Aziz Bari selepas ahli akademik itu berkata tiada sebab kenapa rakyat tidak boleh mempersoal dan mengkritik tindakan Sultan, selepas keputusan kontroversi oleh Sultan Selangor berkenaan serangan Jais-DUMC.

Sehari yang lalu, berita tergempar dengan pihak polis memanggilnya untuk penyiasatan di bawah Akta Hasutan kerana menyatakan pandangannya. Tindakan pihak berkuasa dan pentadbiran UIAM telah dihentam keras.

Kata MP Bukit Gantang Nizar Jamaluddin: “Tindakan ini adalah suatu tragedy dan penghinaan kepada institusi pengajian tinggi seperti UIA, yang merupakan salah satu daripada universiti yang mendapat penghargaan dunia di negara ini. Saya rasakan ada tangan di belakang tabir yang telah mengarahkan pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk-sebab kepada professor itu. Jelas ini datang dari pihak atasan dalam UMNO-BN kerana mereka rasa ulasan professor itu akan menggalakkan budaya pandangan bebas daripada ahli-ahli akademik dan rakyat.”

Kata MP PJ Utara Tony Pua: “Kita tidak selalu setuju dengan pandangan Dr Aziz, tapi kita percaya setiap orang, apa lagi ahli akademik dalam bidang berkenaan, harus mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam semua perkara berkaitan perlembagaan. Malaysia adalah negara yang dibangunkan melalui kedaulatan undang-undang, bukannya undang-undang yang dihambakan untuk kuasa mutlak. Tindakan daripada pihak kerajaan dan universiti hanya membuktikan tiada ruang untuk kebebasan akademik di institusi tertieri negara kita, da Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) digunakan sebagai alat untuk memastikan kepatuhan di antara ahli akademik dan pelajar.

Dilaksana serta-merta, untuk jangka masa yang tidak diketahui

Aziz didakwa ‘membuat kenyataan yang bercanggah dengan kepentingan universiti’. Penggantungannya akan dilaksana serta-merta dan untuk tempoh masa yang tidak diketahui. Cumanya penggantungan ini dibayar walaupun tidak jelas untuk berapa lama UIA akan terus membayar gajinya.

Sementara itu, satu kumpulan bernama Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) telah menghentam tindakan media mainstrim, terutamanya akhbar UMNO, dalam “pemfitnahan” ke atas professor itu, yang terkenal di kalangan pelajar-pelajarnya dan ramai rakyat Malaysia.

“Pergerakan ini kecewa dengan fitnah dalam bentuk serangan peribadi terhadapnya,” Rosli Mahat, setiausaha agung Gerak, dilaporkan berkata kepada Harakahdaily.

Menurut Gerak, Prof Aziz dihormati dan berkelayakan untuk memberikan penjelasan yang mendalam sebagai salah satu peranannya sebagai seorang pakar dalam bidang itu. Mereka yang tidak bersetuju dengannya sepatutnya mengeluarkan hujah berdasarkan rasionaliti dan profesionaliti di sebalik mengugut dan menyerangnya secara peribadi.

Sebagai seorang ahli akademik, Aziz mempunyai hak untuk berkongsi pandangannya. Ini adalah sebahagian daripada kebebasan akademik untuk semua ahli-ahli akademik. Mana-mana negara yang mahu berbangga dengan universiti-universiti mereka harus memastikan institusi-institusi pengajian tinggi mereka menghasilkan pelajar yang baik, dan ini termasuk memberi sokongan, hormat dan membela kebebasan akademik.

“Kebebasan akademik disarankan oleh UNESCO dalam terbitan mereka berjudul Recommendation Concerning the Status of Higher Education Teaching Personnel,” kata Gerak, menyentuh terbitan itu diluluskan oleh badan dunia itu pada 11 November 1997.

Sultan tidak kebal daripada kritikan

Dalam kesudahan keputusan kontroversi Sultan berkenaan serangan Jais-DUMC, Aziz berkata Pemerintah itu ada hak untuk campur tangan tetapi keputusannya harus selari dengan Islam. Dia juga berkata Sultan tidak kebal daripada kritikan selagi pengkritik itu tidak menyokong pembuangan sistem diraja, yang dikira sebagai satu hasutan berdasarkan perlembagaan Malaysia.

Aziz juga dipersoal oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, selepas bekas Perdana Menteri menyebutnya “kurang ajar”.

“Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan dan juga institusi-institusi pengajian tinggi ialah memberi kebebasan dan ruang untuk ahli-ahli akademik meyuarakan pandangan mereka kerana ia tidak melibatkan politik partisan. Sebagai seorang professor dan pakar dalam perlembagaan Malaysia, Abdul Aziz patut diberi hak untuk bersuara dan bukan menghalangnya daripada berbuat demikian,” kata Nizar.- Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: