Selasa, 25 Oktober 2011

Cukai RM1 juta: Sekolah tua Melaka mungkin dirampas


Elissa Helmy
Apa sahaja akan dilakukan bagi membantu Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis (SFI), antara sekolah tertua di Melaka, menyelesaikan cukai tanah tertunggak dan penalti lebih RM1 juta, kata exco kerajaan negeri.

pig farmer vigil 210907 gan tian looPengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Datuk Gan Tian Loo berkata, perkara itu termasuk mengadakan perbincangan dengan Pejabat Tanah dan Galian dan Jabatan Pelajaran Negeri, seterusnya membatalkan notis arahan pembayaran.

"Saya telah dihubungi Pengetua sekolah Lee Bun Chuan dan Pengarah SFI Bro Ambrose Loke, meminta saya membantu menyelesaikan permasalahan ini.

"Saya akan pastikan sekolah hanya membayar RM1 sebagai pembayaran token manakala tunggakan itu dimansuhkan.

"Sekolah ini menyimpan banyak kenangan untuk saya dan saya akan berusaha menyelamatkannya," kata Gan yang juga bekas pelajar sekolah itu ketika ditemui hari ini.

Gan berkata, beliau juga telah menghubungi Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi membawa masalah ke mesyuarat exco akan datang.

SFI kini berhadapan kemungkinan dirampas berikutan kegagalannya melunaskan cukai tertungguk semenjak tahun 1967 berjumlah RM200,000 dan penalti sebanyak RM976,000.

NONEGan berkata, kegagalan membayar cukai berkenaan mungkin disebabkan perubahan pengetua yang sering berlaku di sehingga menyebabkan isu berkenaan dilupai.

Sekolah berkenaan dikatakan perlu membayar RM12,000 sebagai cukai tanah setiap tahun sebagaimana disyaratkan Kanun Tanah Negara 1965.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengusulkan cadangan untuk memindahkan sekolah terbabit ke Pulau Melaka berikutan kedudukannya di tengah-tengah kawasan warisan di Bandar Melaka.

Bagaimanapun, cadangan itu dibatalkan berikutan bantahan bekas pelajar sekolah berkenaan, termasuk menerusi laman sosial Facebook.

Sementara itu, Gan berkata, beliau difahamkan terdapat beberapa sekolah lain juga mempunyai cukai tanah yang tinggi, termasuk Sekolah Menengah Canossa, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pay Fong Satu dan SJK(C) Yu Sin, Kuala Linggi.

Tiada ulasan: