P Dinesh, Malaysia Chronicle
Seperti yang telah diumumkan, Dewan Parlimen tidak akan bersidang pada petang menjelang Perayaan Deepavali iaitu pada 25 Oktober ini. Ini adalah tuntutan Perdana Menteri Najib Razak sendiri, selepas ditekan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran.
Kenapa Najib tergesa-gesa bersetuju memenuhi hajat itu – mengambil risiko akan diserang oleh pembaca kaum India kami? Telah menjadi satu kelucuan bilamana para pemimpin BN bersadung kaki antara satu sama lain untuk dilihat mesra dengan masyarakat India di sini.
Yang sebenarnya, tidak ada satu pun penjelasan kenapa Parlimen perlu bercuti di hari menjelangnya Deepavali. Tidak ada sesiapa pun yang mendapat cuti di hari ini, dan kenapa mesti Ahli Parlimen mendapat cuti? Sepatutnya, Ahli Parlimen mesti bekerja lebih keras dari orang lain kerana mereka hidup atas dana cukai rakyat jelata.
Kulasegaran tidak sepatutnya memohon Parlimen untuk cuti bersidang hanya untuk kepentingannya sendiri. Kalau mahu, dia boleh sahaja mengambil cuti tanpa perlu memaksa Parlimen untuk turut serta. Terima kasih YB Kula kerana sesi soaljawab yang dijadualkan pada hari itu akan hanya dijawab secara lisan dan bukan diperdebatkan. Ada sesiapa yang terfikir soal ini?
Tapi mungkin untuk berlaku adil kepada YB Kula, minggu sudah, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut mengkritik isu jadual persidangan yang dibuat menjelang hari perayaan sebagai satu kealpaan dari pihak kerajaan ketika membuat aturcara Dewan.
Bagaimana pula dengan bank, penjawat perkhidmatan awam, pekerja kilang dan semua warga kerja negara ini? Apakah mereka turut mendapat cuti kerja menjelang Deepavali?
Samy muncul mencari cahaya
Seorang lagi yang turut masuk gelanggang Deepavali ialah Samy Vellu, bekas Presiden MIC yang sekarang Wakil Khas negara ke India dan benua Asia Selatan. Bagi sesiapa yang masih ingat ketika beliau menjawat jawatan tertinggi, dibayar dan disirami kesenangan, apakah yang telah beliau sumbangkan? Lalu Samy akan tergesa-gesa menyatakan beliau telah berjaya ‘mengikat’ perjanjian sebuah projek bernilai RM10 bilion dengan Bangladesh.
“Kedua-dua negara telah menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) selepas lebih enam bulan berunding. Ianya adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan Malaysia,” Samy berucap, dipetik Bernama.
Jika ini adalah Perjanjian Persefahaman yang dimaksudkan, mana perginya semua kontrak perjanjian, terma dan syarat-syarat rundingan? Perjanjian Persefahaman ialah satu perjanjian ala gentlemen, tidak lebih dari satu keputusan yang mana boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja.
Malang lagi buat Malaysia yang mempunyai budaya non-homogeneous, mempunyai banyak hari-hari cuti lebih dari mana mana negara lain di dalam dunia. Hari cuti bermakna sehari tanpa sesuatu yang produktif dan di dalam era global dan daya saing yang tinggi, sesebuah negara itu perlu terus bekerja tanpa banyak cuti.
Dan kepada Najib, kisah terbaru ini menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang lemah, menyerah setiap kali disergah. Sudahlah kita mempunyai dua hari kebangsaan dalam setahun, sekarang kita ada cuti khas, cuti tambahan dan cuti kerja untuk para YB, sambil rakyat tak dapat apa-apa! - Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan