Selasa, 4 Oktober 2011

Ahli majlis lepas tuduhan pakai baju BERSIH

Nigel Aw
Mahkamah Majistret Kajang di Putrajaya melepas tanpa membebaskan sepuluh ahli Majlis Perbandaran Kajang daripada tuduhan memaparkan simbol atau propaganda pertubuhan haram kerana memakai baju BERSIH 2.0.

Peguam kumpulan itu Lim Lip Eng berkata, Majistret A Akhiruddin @ Boy Acho membuat keputusan itu setelah Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Azahari Harun membuat permohonan itu.

NONE"Bila kami sampai ke mahkamah, DPP beritahu majistret mereka mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk melepas tanpa membebaskan (semua ahli majlis)," kata Lim.

Kesemua mereka didakwa apda 7 Julai lalu lalu kerana memakai baju T BERSIH 2.0 semasa mesyuarat majlis itu pada 29 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 47(1) Akta Pertubuhan 1966. Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didakwa: Zulfikar Ali Ariffin, Ong Seng Peng, Lee Learn Eng, Tan Boon Wah, Razaly Hassan, S T Chandra Mohan, Lee Kee Hiong, Chan Jeong Hon, Mohd Mohiddin Mohd Misbah dan Ng Tien Chee.

Tiada ulasan: