Sabtu, 13 Ogos 2011

Rosmah - Demi Parti & Kerajaan, tindakan Mahkamah terhadap Pemfitnah.

Penulis : Sanggah Tok Janggut.

SEBENARNYA tidak ada sebab untuk memilih menulis tentang Rosmah Mansor kerana beliau bukanlah sesiapa,beliau bukan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya ataupun Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk bertanggungjawab terhadap mana-mana kementerian tetapi beliau hanyalah secara kebetulan isteri seorang Perdana Menteri yang sedang hebat diperkatakan oleh kawan dan lawan ketika ini.

Rosmah Mansor ketika ini ternyata dijadikan sasaran berterusan pembangkang untuk mempertikaikan peranan yang beliau mainkan sebagai isteri Perdana Menteri malah ada yang melihat kadang-kadangnya tindak tanduk beliau tidak mencerminkan kedudukannya sebagai seorang isteri yang seharusnya berdiri di belakang suami untuk membantu sekadar yang termampu.

Kita tidak tahu apakah punca sebenar Rosmah Mansor diserang bertubi-tubi oleh pembangkang?Adakah beliau dilihat sebagai kelemahan PM Najib ataupun dia dilihat sebagai kekuatan yang harus diruntuhkan seandainya pembangkang bercita-cita untuk menawan Putrajaya?Ataupun pembangkang sedang irihati melihat kecemerlangan Rosmah membantu suaminya untuk mengemudikan Negara ini?

Suka atau tidak, kita harus mengakui bahawa idea menubuhkan PERMATA adalah satu idea yang bagus demi survival kanak-kanak Malaysia.Jelas Rosmah begitu bersungguh menjayakannya tanpa mempedulikan apa kata pengkritik terhadap idea beliau itu hingga ada yang mengatakan bahawa campurtangan berterusan Rosmah terhadap gagasan ideanya itu seperti mengambilalih peranan serta tanggungjawab kementerian berkaitan.Itulah persepsi yang terus dimainkan oleh pembangkang.

Namun sikap berdiam diri Rosmah menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan dan parti pimpinan suaminya PM Najib.Setiap isu yang timbul ataupun fitnah yang dilemparkan, Rosmah lebih mudah mengambil sikap berdiam diri dan menguncikan segala kenyataan dengan membiarkan fitnah ataupun kenyataan demi kenyataan terhadap diri beliau dicanai semahunya oleh pembangkang dan orang-orang yang tidak senang dengan kedudukan ataupun ideanya.

Dalam saat beliau diserang atau difitnah bertubi-tubi,ramai yang berharap agar beliau tampil untuk mempertahankan dirinya atau mengambil tindakan undang-undang sebagaimana Rais Yatim mengambil tindakan undang-undang apabila beliau dan keluarganya difitnah.Mereka mahu Rosmah buktikan segala serangan-serangan peribadi terhadap beliau selama ini adalah fitnah semata-mata.

Rosmah tidak boleh berharap semata-mata kononnya rakyat boleh menilai ataupun berselindung di sebalik kenyataannya bahawa beliau berpendidikan dan tidak salah membantu suaminya dalam soal-sola yang melilibatkan pentadbiran Negara walaupun sebelum ini tidak ada dalam sejarah Negara seorang isteri begitu sekali menggunakan kedudukan hingga dilihat lebih sudu dari kuah. Baca seterusnya dalam blog saya di http://sanggahtokjanggut.blogspot.com.


Tiada ulasan: