Isnin, 1 Ogos 2011

Pemberita RTM diserang sekumpulan lelaki

BERNAMA


Sekumpulan lelaki termasuk dua yang dipercayai anggota polis dan tentera didakwa telah memukul seorang pemberita RTM Sabah malam semalam di kuarters Jabatan Penyiaran Sabah di Kota Kinabalu.

Radik Taim, 43, dikatakan diserang kerana menegur kumpulan berkenaan yang membuat bising di kediaman tersebut.

Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Hamza Taib yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Berdasarkan siasatan awal, kumpulan itu difahamkan sedang minum arak di kawasan perumahan itu," katanya.

Mangsa luka pada bahagian muka setelah dipercayai ditendang dan ditumbuk.

Kumpulan itu dipercayai tetamu atau ahli keluarga salah seorang penghuni kuarters berkenaan yang juga merupakan rakan sekerja mangsa.


Tiada ulasan: