Rabu, 22 Jun 2011

Taib: Saya tiada akaun bank sulit di Switzerland

Ang Ngan Toh


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan dakwaan Dana Bruno Manser (BMF) bahawa beliau memiliki akaun bank di Switzerland.

Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.

“Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun.

“Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss.

“Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden (Micheline Calmy-Ray) itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland seperti yang didakwa BMF dan minta salinan tuduhan supaya boleh mendapatkan nasihat peguam,” katanya.

Tiada ulasan: