Ahad, 26 Jun 2011

Shaziman: Biar JPA selesai isu KP JKR

THE MALAYSAINI INSDER



Shaziman yakin isu perlantikan tersebut akan diselesaikan secara dalaman. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor meminta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan tugas mereka seperti biasa tanpa memikirkan isu pelantikan ketua pengarah jabatan itu.

Beliau berkata mereka perlu membiarkan isu berkenaan diselesaikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Saya dapati operasi JKR berjalan lancar dan saya yakin isu itu dapat diselesaikan oleh pihak JPA dalam masa terdekat ini,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Sebelum ini, Shaziman berkata beliau yakin kontroversi itu dapat diselesaikan kerana sistem perkhidmatan awam negara memiliki tata cara tersendiri.

Semalam, Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata pelan penyelesaian yang dirangka dijangka mampu menangani isu berkenaan jika ia diterima pihak terbabit.

Kemelut pelantikan jawatan itu timbul apabila bekas Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Judin Abdul Karim, yang dipinjam bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, enggan mengosongkan biliknya meskipun pengganti beliau Datuk Mohd Noor Yaacob mula bertugas.

Tiada ulasan: