Isnin, 20 Jun 2011

Polis: Tak benar kaum Melayu di Klang diserang grup Malabar

THE MALAYSIAN INSIDEER

SHAH ALAM — Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata maklumat berkaitan kaum Melayu diserang oleh kumpulan Malabar di Klang seperti yang tersebar melalui khidmat pesanan Blackberry semalam adalah palsu.

Beliau turut menafikan bahawa maklumat itu dikeluarkan oleh pihak polis.

“Sehingga kini polis Selangor tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak berkenaan kaum Melayu diserang di daerah Klang,” katanya dipetik Bernam Online hari ini.

Sehubungan itu, Tun Hisan memberi amaran agar pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran berita palsu itu supaya berhenti berbuat demikian dengan serta merta.

Kata beliau, kenyataan seperti itu boleh mendatangkan khianat awam dan ianya satu kesalahan jenayah sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: