SETIU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa zalim dan tidak berlaku adil terhadap sorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam mengagihkan dana khas bantuan hari raya dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Jabi, Setiu.
Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, dari Kampung Tok Dor Luar, dekat sini telah mengalami kecederaan kekal akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.
Beliau yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak berusia hampir tiga tahun pernah menerima bantuan hari raya tersebut.
Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai pemandu, kesal kerana 'ditendang keluar' dari senarai penerima bantuan dana khas tersebut.
“Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu,” ujarnya.
Menurutnya, beliau aduannya kepada pihak Penghulu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Dun Jabi, tidak dipedulikan.
Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300.
Beliau dimaklumkan oleh pihak tertentu banyak kes ‘tendang’ (terkeluar) dari senarai berlaku tetapi nama pemohon terbabit digunapakai pihak lain.
“Saya diberitahu oleh pihak tertentu banyak kes ‘tendang’ (keluar) dari senarai berlaku tetapi nama kita (pemohon) telah digunapakai oleh orang lain.
“Jika perkara (kes) ini benar-benar berlaku, saya rasa sangat kecewa dan hilang kepercayaan kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional sekarang,” tegasnya.
Menurutnya, slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” yang digembar-gemburkan itu sekadar retorik sahaja.
Ahmad kini hanya bergantung kepada pendapatan isterinya, Puan Noraini Othman, 26, yang bekerja mengambil upah menjahit pakaian dengan pendapatan RM500 sebulan.
Ahad, 12 Jun 2011
OKU dizalimi, ‘ditendang keluar’ dari senarai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan