Firma gergasi elektronik Western Digital menafikan pihaknya menamatkan kontrak seorang pekerja hanya semata-mata kerana wanita itu aktif dalam seks. Sebaliknya syarikat itu berkata mereka “menghormati hak peribadi dan kebebasan individu”.
Dalam jawapannya kepada Malaysiakini lewat petang semalam, Western Digital berkata konglomerat Amerika Syarikat itu akan hanya bertindak ke atas pekerja yang terbabit dalam “aktiviti seksual ketika dalam waktu bekerja”.
Western Digital mengulas aduan pada borang rasmi yang dibuat kepada jabatan sumber manusia syarikat itu di Kuala Lumpur oleh seorang pekerja wanita yang mendakwa beliau dirotan kerana didakwa mengadakan hubungan seks.
Dalam borang aduan yang tidak bertarikh itu, pekerja berkenaan mendakwa kontraknya ditamatkan kerana beliau gagal dalam ujian perubatan.
Apabila ditanya lanjut, beliau dimaklumkan alasan kegagalan ujian perubatannya adalah kerana dia dikatakan pernah mengadakan hubungan kelamin. Ini dinafikan oleh pekerja tersebut.
“Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, kegagalan dalam ujian pemeriksaan itu akan menyebabkan pekerja berkenaan dihantar pulang ke negara asal mereka atas perbelanjaan broker pekerja atau majikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan