MALAYSIA KINI
Versi hampir lengkap klip video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di internet lagi.Tiga video berkenaan dimuat-naik di sebuah blog bernama anwarcctv hari ini.
Bagaimanapun klip video itu telah disunting menjadi 15 minit dan 3 saat daripada durasi 22 minit yang ditayangkan oleh kumpulan 'Datuk T'.
Video klip kedua adalah selama 17 minit dan 59 saat manakala klip ketiga adalah selama 13 minit dan 36 saat.
Klip video ketiga ini mempunyai latar suara muzik bermula dengan lagu Hawaii 5-O, diikutu lagu dangdut Kelantanese, lagu It Wasn't Me oleh artis reggae Shaggy, lagu kumpulan tempatan The Fabulous Cats - Papa Jahat dan diakhiri dengan lagu Zee Avi - Kantoi.
Tidak seperti beberapa klip yang didedahkan sebelum ini yang mempunyai sarikata bahasa Thai, ketiga-tiga video hari ini hanya mempunyai catatan masa dan tarikh.
Polis juga telah mengesahkan bahawa klip video itu adalah tulen dan telah mengenalpasti lelaki dalam video berkenaan. Namun mereka belum membuat sebarang pendedahan.
Menariknya, klip video hampir lengkap ini didedahkan ketika muktamar PAS ke-57 yang sedang berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan