Isnin, 20 Jun 2011

Kes hasutan Adun Sri Muda PKR disebut semula 19 Julai

THE MALAYSIAN INSIDER

SHAH ALAM — Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 19 Julai depan untuk menyebut semula kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang didakwa menerbitkan artikel mengandungi ayat-ayat menghasut di laman blognya pada 30 Disember lalu.

Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Shuhaimi, 43.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Shah Reza Noor Azman mewakili pihak pendakwaan sementara Datuk Salehuddin Saidin hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amer ketika ditemui pemberita berkata pihaknya memohon satu tarikh sebutan baru berikutan tarikh pendengaran permohonan Shuhaimi untuk menggugurkan pertuduhan ke atasnya telah ditetapkan pada 13 Julai depan di Mahkamah Tinggi di sini.

“Kami ingin selesaikan dulu (permohonan di Mahkamah Tinggi) dan tunggu keputusannya sebelum Mahkamah Sesyen tetapkan tarikh bicara,” katanya dipetik Bernama Online.

Pada 7 Februari lalu, Shuhaimi mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan artikel bertajuk “pandangan saya berasaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor 1959” di laman blognya http://srimuda.blogspot.com yang mengandungi ayat-ayat yang menghasut

Tiada ulasan: