Selasa, 21 Jun 2011

Keputusan kerusi MP Tian Chua minggu depan

Joseph Sipalan


Keputusan status ahli parlimen Batu Tian Chua di Dewan Rakyat akan diputuskan minggu depan, kata speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Pandikar mengakui beliau menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Chua bagi menjelaskan kedudukan ahli parlimen itu berikutan keputusan mahkamah.

Beliau bagaimanapun tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan berkata sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan sama ada di dalam ataupun di luar dewan tidak akan dilayan.

NONE“Kesilapan saya apabila sya mula-mula terima jawatan ini adalah saya memberi kenyataan apabila ditanya mengenai sesuatu isu (di luar Dewan). Tetapi saya sedar peranan saya juga seperti seorang hakim, jadi tolong jangan tanya saya (di luar) kerana saya tidak akan buat kenyataan,” kata Pandikar.

“Buat masa ini, saya sedang mengkajinya (isu Chua). Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah menghubungi Pejabat AG untuk mendapatkan pandangannya. Insya Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan.”

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata “Tidak kurang dari” seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

Tiada ulasan: