Selasa, 7 Jun 2011

Jakim anjur program pencerapan gerhana bulan penuh 16 Jun

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh pada 16 Jun ini, bermula pukul 1 pagi di pekarangan Masjid Negara di sini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Jakim berkata beberapa aktiviti akan diadakan termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet musytari, zuhrah dan marikh.

Dipetik Bernama Online, Jakim berkata kehadiran orang ramai dialu-alukan bagi meraikan program tersebut yang dianjurkan bersama Agensi Angkasa Negara.

Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari pukul 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

Tiada ulasan: