Khamis, 9 Jun 2011

Gerakan tolak BERSIH, anggapnya 'lawak bodoh'

MALAYSIA KINI


Pengerusi Gerakan Kedah, Cheah Soon Hai berkata kejayaan Pakatan Rakyat memenangi beberapa kerusi pada pilihan raya sejak 2008 membuktikan bahawa dakwaan gerakan BERSIH 2.0 yang menyatakan sistem pemilihan itu mempunyai kecacatan adalah tidak benar.

NONECheah berkata perhimpunan itu hanya sebagai satu “ilusi” kepada masyarakat asing dan memberi tanggapan salah tentang keadaan politik di Malaysia.

“Jika Pakatan rasa Suruhanjaya Pilihan Raya di negara kita tidak adil, jadi bagaimana Pakatan berjaya memenangi kuasa politik di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008?

“Pakatan mencapai kejayaan terbaik dalam rekodnya dan yang terbaru pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. Semua ini cukup membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adil sama sekali dan tidak memihak dalam menjalankan tugas mereka, kata Cheah dalam kenyataan media hari ini.

Oleh itu, katanya, perhimpunan yang dianjurkan itu satu “ lawak bodoh besar yang langsung tidak mempunyai makna”.

NONEPergerakan Bersih 2.0 yang diketuai oleh beberapa pemimpin NGO dijadual mengadakan satu demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Tujuannya ialah untuk menyerahkan satu petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

  • Petisyen itu akan mengusulkan tujuh permintaan:
  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21
  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar
  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali
  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang
  • Tempoh kempen minimum 21 hari
  • ebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya
  • Menghapuskan rasuah pilihan raya
Sebelum ini, pemimpin pergerakan itu, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata penganjuran perhimpunan itu adalah "jalan terakhir" selepas beberapa percubaan melibatkan pihak berkuasa gagal.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tuduhan membeli undi menjadi lebih ketara tetapi jumlah mereka yang didakwa adalah segelintir saja.

Tiada ulasan: