Rabu, 1 Jun 2011

Boleh ambil tag media muktamar PAS hari ini

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Pihak media boleh mengambil tag media pada hari ini di Tingkat 3, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini mulai jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.

Jurucakap urusetia media, Mohd Shahir Abu Hassan memberitahu, bagi mereka yang tidak berkesempatan boleh berjumpa beliau di Auditorium MBSA, Shah Alam malam ini.

Katanya, tag media itu bagi membolehkan untuk membuat liputan pada mana-mana muktamar sama ada Dewan Pemuda, Muslimat ataupun Ulamak.

Tambahnya, sempena muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

Antaranya, kata beliau ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan berbaju T (T-shirt).

“Wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan digalakkan memakai skaft bagi bukan Islam, dilarang memakai gaun atu skirt pendek,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, rakaman audio video dan CD atau kaset hanya dibenarkan semasa majlis perasmian atau sidang media sahaja.

Tambahnya, tiada rakaman audio video dibenarkan semasa sesi pembentangan dan perbahasan muktamar berlangsung, hanya gambar sahaja dibenarkan.

Justeru, sebarang masalah boleh menghubunginya di talian 019-2153225.

Tiada ulasan: