Ahad, 3 April 2011

SHAFIE WAJAR HENTIKAN KECURANGAN KKLW

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MENTERI Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digesa agar memohon maaf daripada rakyat Sabah kerana ‘kecurangan’ kementeriannya menyeludup masuk bateri asid plumbum ke Sabah untuk Projek Elektrik Bekalan Luar Bandar (BELB) dan tidak lagi menggunakan bateri berkenaan untuk projek elektrik solar bernilai RM15 juta untuk 15 kampung di kepulauan Semporna.

Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Shafie yang disiarkan Bernama kelmarin berhubung pemasangan elektrik solar di tujuh buah pulau di Semporna bagi membolehkan penduduk kampung yang terpecil daripada grid menikmati bekalan elekrik 24 jam ekoran kejayaan besar projek serupa di kampung Larapan.

“Bencana yang kementerian Shafie bawa bagi Projek Solar Hibrid Pulau Banggi tidak dapat dimaafkan sekalipun beliau meletakkan jawatan, apatah lagi jika beliau membawa masuk lagi bateri asid plumbum ke Sabah dan membahayakan penduduk kampung di Pulau Bum-Bum dan sekitarnya yang tidak berdosa,” ujar Patrick yang menggesa agar Shafie menggantikan segera bateri asid plumbum di Pulau Banggi kerana spesifikasi projek ditentukan oleh KKLW dan bukannya TNB atau SESB.

Sekalipun Shafie belum menjawat Menteri KKLW ketika Janakuasa Solar Hibrid dibina di Pulau Banggi, namun secara moral beliau bertanggung jawab untuk memastikan projek di bawah kementeriannya selamat dan segera menggantikan bateri berkenaan setelah mendapat tahu ia diharamkan melalui Basel Convention kerana Malaysia adalah salah satu negara yang menerima ketetapan berkenaan.

“Shafie boleh menebus dosa kementeriannya dengan memastikan tidak ada lagi bateri asid plumbum diimport masuk ke Sabah atau kita mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih menggunakan bateri berbahaya berkenaan,” ujar Patrick yang menggesa agar KKLW tidak berdolak dalih mengenai penggunaan bateri asid plumbum berasaskan gel kerana valve yang terdapat pada bateri berkenaan akan mengeluarkan gas beracun setiap kali bateri berkenaan dicaj.

Tegas Patrick, mungkin ada yang tidak kena kenapa KKLW enggan menggunakan bateri yang terjamin selamat bagi projek elektrik solar seperti bateri lithium polymer buatan Malaysia yang bukan sahaja tahan lama, bermutu; malah diimport negara maju sebelum mengeksport semula ke Malaysia dengan jenama lain tetapi dibuat di kilang yang sama di Kulim, Kedah.

“Saya rasa isu bateri plumbum ini kena tanya Nik Abd Kadir kerana segala spesifikasi KKLW diputuskan oleh beliau,” kata Patrick yang tidak menolak kemungkinan akan bersama-sama beberapa NGO Alam Sekitar memfailkan saman terhadap KKLW berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam projek BELB.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isu bateri plumbum ni telah lama didedahkan namun hingga kini blum ada tindakan diambil.

Tanpa Nama berkata...

jika bateri itu berbahaya, hentikan penggunaan dan lebih baik gunakan bateri lithium yang lebih selamat dan tahan lama.

zam berkata...

semoga pekara ini dapat diselesaikan dengan segera.

songkilou berkata...

Siasatan segera harus dilakukan agar tidak ada yang dipersalahkan.

songkilou berkata...

Datuk Shafie harus bertanggungawab dengan apa yang telah berlaku. Jangan biarkan keadaan bertambah teruk.

Jason berkata...

Shafie is the one who brought in the idea of using lead-acid battery, so he must solve this matter as soon as possible.

Jason berkata...

Take responsibility Shafie!

Tanpa Nama berkata...

Please stop the import of lead batteries into Sabah.

mike berkata...

menteri berkenaan harus bertanggungjawab sepenuhnya..

mike berkata...

penggunaan bateri plumbum harus dihentikan segera..

mike berkata...

entah mengapa masih digunakan bateri plumbum tersebut sedangkan kementerian berkenaan pasti tahu akan bahayanya kepada manusia dan alam sekitar..

Paquin berkata...

Isu bateri plumbum ini harus ditanggani segera sebelum ia makin tegang.

Paquin berkata...

Saya yakin banyak pihak mendesak pihak yang berkenaan utk selesaikan segera hal ini kerana ia bukan satu perkara yang remeh.

Paquin berkata...

Isu ini melibatkan faktor keselamatan, justeru semua pihak harus bekerjasama menyelesaikan hal ini.

Paquin berkata...

Shafie pun harus tampil segera dengan cadangan yang lebih praktikal dan mampu meleraikan kebimbangan yang timbul.

Paquin berkata...

Appaun, sama2 lah kita harap agar hal ini dapat diselesaikan :)

Kris Jr berkata...

Hentikan saja.

evan medhousky berkata...

jika kementerian yang bertanggungjawab masih dengan pendirian mereka kononnya bateri plumbum ini selamat digunakan, tolong buktikan kepada rakyat dengan menjalankan ujian kesihatan terhadap semua penduduk yang terdedah dengan bateri ini.

Bujang Senang berkata...

Lebih baik penggunaan bateri ini diberhentikan kerana akan menjejaskan pengguna itu sendiri. Harap menteri yang berkenaan akan mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah elektrik ini.

Unknown berkata...

Kita tidak mahukan perkara yang tidak diingini berlaku demi keuntungan sendiri. Bateri Plumbum ini boleh mengancam nyawa pengguna. Maka penggunan ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Mestilah diberhentikan.

Tanpa Nama berkata...

Jika penggunaan bateri plumbum ini lebih banyak membawa kepada keburukan terutama terhadap kesihatan penduduk maka memang wajar ia dihentikan.walaubagaimanapun,masalah ini harus ditangani bersama dengan cara yang baik.