Sabtu, 9 April 2011

Setiausaha Politik Menteri: Kena Cekup SPRM

MSO

TENGAH hari tadi seorang anak butir Umno Malaysia yang sudah tidak mempercayai kepada Umno menelefon saya mengkhabarkan sesuatu berita mengejutkan. Bersungguh benar dia memberi tahu saya. Sebenarnya saya tahu berita ini beberapa minggu lalu, tetapi tidak mengambil serius. Pada saya perkara itu biasa kalau menimpa orang Umno!

Mulanya saya kira ia hanya gossip saja. Berita ini tidak banyak disiarkan dalam blog, baik pro pembangkang atau blog upahan Umno. Mungkin ada bloger UBN yang mengetahuinya tetapi tidak berminat untuk menyiarkannya. Mereka lebih suka kepada isu atau berita porno. Umno!

"Sheikh you di mana?" tanya putera Umno yang terbiar dan dilupakan itu.

"Kuching!" jawab saya. Dia selalu menelefon saya untuk mendapat apa-apa maklumat dan juga mengesahkan maklumat. Banyak juga hal-hal pelik dan anih dalam partinya dibukakan kepada saya.

"Ini I nak bagi tahu satu cerita besar," katanya.

"Apa dia?" tanya saya suspen. Saat itu saya dalam perjalanan ke Telaga Air. Mungkin ia besar kalau tidak masakan dia akan mencari dan sedia bercakap walaupun saya di Kuching. Bil telefonnya tentu meningkat. Ini penting, begitu fikir saya.

"Dua minggu lepas seorang setiausaha politik kepada ******* ** telah dicekup oleh SPRM di sebuah hotel di Bukit Bintang. Bersamanya ditemui wang tunai sebanyak RM750,000 cash. Selepas disiasat di dalam akaunnya ada sebanyak RM5 juta....di rumahnya pula ada lima buah kereta mewah!"

Saya hanya mendengar. Kebetulan semasa sembang di sebuah hotel berhampiran sungai Sarawak (waterfront) semalam saya terdengar cerita seorang menteri sedang menceri setiausaha politik barunya. Katanya calon sudah ada. Sekali lagi kebetulan calon berkenaan ada sama di hotel berkenaan jadi saya langsung bertanya kepada tuan tubuh.

"Kata nak jadi setiausaha politik pulak, trahniah!" kata saya tumpang bangga sebab dia anak butir Kelantan.

Calon ini keberatan untuk menjelaskan. Tetapi reaksi mukanya menunjukkan dia setuju atau suka kalau dilantik. "Mana ada..." balasnya tawar...tetetapi dengan senyuman memanjang.

Sungguh saya tidak tahu kalau desas desus itu ada sangkutan dengan berita yang baru disampaikan oleh putera Umno itu tadi. Oh...

"Tetapi apa yang hendak saya sebutkan kat you, setiausaha politik berkenaan dibebaskan. SPRM tidak charge dia... sebab apa you tahu, sebab ada kompromi. Katanya beliau didesak letak jawatan kalau tidak dia dichargekan. Beliau dibebaskan kerana nak jaga menteri berkenaan...

"You jangan tulis dulu nama setiausaha politik ini. Cukup kalau you sebut dia adalah setiausaha politik kepada menteri dari Selatan, tulis menteri kanan..cukup!" pesan dan ajar putra berkenaan panjang lebar.

Saya akan ikut dan tidak akan menulis nama putra Umno berkenaan kerana berpegang kepada manahnya. Etika dalam penulisan kalau kita mendedahkan sumber atau tidak berpegang kepada jani lama kelamaan dia tidak akan sanggup menyampai apa-apa berita lagi. Sumer harus dijaga sebagai mungkin.

"Kejadian ini memalukan Umno. SPRM juga terlibat, bila mana kalau ia menimpa orang Umno ia akan dilindungi dan cari sejuta helah untuk tidak didakwa, tetapi kalau kena ke batang tubuh pembangkang, cepat-cepat dichargekan...." jelasnya lagi tersempuk-sempuk kerana benci dan geram dengan apa yang berlaku.

"Bila you balik? tanya.

"Kenapa?" soal saya dan menjawab mungkin Selasa atau Rabu.

"Saya nak you ambil gambar hotel berkenaan dan masukkan dalam blog you!" katanya. Iya... nantilah bila balik saya akan pukul gambar hotel berkenaan dan pamerkan dalam blog. Kalau tidak menjadi masalah saya akan masukkan muka penyangak negara itu sekali. Bila orang tengok betapa besarnya hotel tempat setiausaha politik itu sering melaram orang boleh agak berapa banyak wang yang dia punya.

Sehingga saat ini belum ada apa-apa komen dari bos setiausaha politik berkenaan. Sebalik nampaknya dia masih bercakap perihal buruk orang lain tetapi menyembunyikan perangai buruk anak buahnya sendiri. Atau pun soal rasuah ini bukan mengejutkan lagi Umno kerana kebanayakan mereka begitu. Eluk juga statistik dikeluarkan untuk melihat ahli parti mana yang banyak terjebak dengan rasuah, apakah Umno, Pas, PKR ataupun DAP.

Dan dalam kes di atas tadi Umno tidak akan boleh menyembunyikan nama setiausaha politik berkenaan. Ia akan diketahui juga nanti. Tindakan Umno menyembunyikan kes dan penama itu samalah dengan tindakan kangaroo menyembunyikan anaknya dalam poket di bawah perutnya. Tindakan itu sia-sia saja kerana yang akan diketahui juga. Samalah dengan anak kangaroo itu betapa disusuk tetapi kadang-kadang si anak akan jenguk dan menunjukkan kepalanya.

Tiada ulasan: