Ahmad Danial |
BUKIT KATIL: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) mengingatkan Umno supaya tidak berlagak macam 'samseng' meroboh dan merampas bangunan Pasti atas apa juga kelulusan. "Kita ingatkan Umno supaya jangan bertindak macam hero atau samseng boleh buat apa yang mereka suka di atas dunia ini. Mereka bermaharajalela ingin merobohkan institusi pendidikan yang terbukti berjasa ini. "Jangan kita buat sesuka hati bangunan Pasti ini bukannya dibina dengan duit judi, duit rasuah atau duit penipuan, ia dibina dengan air mata oleh masyarakat marhain, dhuafak, orang miskin dan sebagainya," katanya yang merujuk kepada bangunan Pasti Bukit Katil yang akan dirobohkan. Beliau berkata demikian pada ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan,Bukit Katil malam tadi. "Jangan kamu ingat kamu berkuasa boleh buat sahaja, kami akan terus menentang kezaliman. "Kalau kamu ada duit, tenaga dan sumber untuk menekan rakyat, ingatlah kami ada Allah sebagai tempat kami mengadu," ujarnya dengan tegas. Beliau juga menjelaskan PAS konsisten bahawa video fitnah untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dikeluarkan semata-mata atas tujuan politik. "Mungkin video ini dikeluarkan atas nasihat APCO yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar seperti kenaikan harga barang dan kejayaan PR pada pilihan raya Sarawak," jelasnya. Beliau juga mengharapkan penyokong dan petugas PAS supaya meneruskan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang menurutkan paling lewat akan diadakan pada November 2013. Turut sama berceramah pada program tersebut ialah Pengarah Komunikasi PKR Melaka, Khairi Ismail dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong. |
Isnin, 25 April 2011
Roboh Pasti: Umno jangan berlagak samseng
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan