MACC tidak mempunyai kekuatan dan kudrat untuk menyiasat tuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang di lakukan oleh TS Taib Mahmud sejak berdekad-dekat yang lalu. Boss nombor satu dan nombor dua MACC begitu ‘agitated’ apabila di tanya berterusan oleh wakil media kenapa dan sejauh mana kah MACC telah lakukan untuk menyiasat dan melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa resah rakyat terhadap imej TS Taib.
Keresahan itu bukan sahaja dirasakan oleh penyokong BN tetapi juga dirasakan oleh rakyat biasa kerana isu ini melibat harta benda mereka. Bagi penyokong BN mereka merasa begitu lemah untuk melakukan kempen untuk mendapatkan sokongan rakyat dan tidak bermaya untuk menafikan wujudnya apa yang dituduh oleh banyak pihak tentang perlakuan Ketua Menteri yang paling lama duduk memerintah negara kenyalang itu.Isu ini bukan sahaja mendapat perhatian rakyat negara ini tetapi juga banyak pihak yang lain di peringkay antarabangsa. TS Taib merupakan orang yang paling dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Malahan di dalam banyak tulisan dan komentar di dalam negara dan di luar Negara Taib telah diletakan sebaris dengan nama-nama pemimpin seperti Marcos, Suharto, Tito dari Yugoslavia dan hailie Salasie dari Ethiopia serta banyak lagi nama-nama yang ‘notorious’.
Seluruh dunia melihat dengan dekad segala gerakkan Taib di dalam menjalankan tugas selaku peneraju dalam pilihanraya Sarawak yang ke-10 pada 16 hb yang akan datang ini. Bagi mereka yang berfikir yang nama yang baik adalah criteria yang penting untuk mengetuai usaha mendapatkan mandat rakyat, melantik beliau (Taib) untuk dipaparkan kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan yang berterusan dari rakyat merupakan satu tindakkan yang payah diterima oleh sesiapa yang mempunyai semangat demokrasi.
Di sinilah MACC boleh memainkan peranan dengan menyiasat serta merongkai segala pandangan negatif rakyat terhadap pemimpin yang berusia 75 tahun ini. TS Taib tidak ubah seperti Maharaja yang duduk bersimpuh dan segala arahan dan tindakkannya tidk ada siapa yang boleh menghalangnya walaupun oleh pucuk pimpinan Persekutuan.
Jika isu dua atau tiga ribu ringgit yang di isukan terhadap Teoh Beng Hock boleh menyebabkan berlakunya apa yang semua orang tahu telah berlaku, bagi pemimpin seperti TS Taib tidak siapa boleh menahannya termasuk siasatan dari MACC berhubung dengan isu yang mengelilingi beliau. TS Taib telah memdapatkan segala immuniti dari apa-apa tindakkan undang-undang. Undang-undang hanya boleh dilaksanakan terhadap rakyat marhen seperti kita sahaja.
Tidak ada siapa yang suka-suka mengkritik institusi seperti MACC tetapi apa yang berlaku ini tidak dapat sesiapa yang mampu bertahan dari memberikan kritikan. Kita sepatutnya bersama-sama memberikan tekanan kepada pihak-pihak yang mencemarkan pentadbiran kerajaan jika kita benar-benar mahukan sokongan rakyat yang berterusan. Setelah tekanan yang begitu besar baru terdengar TS Taib berhasrat untuk meletakkan jawatan, tetapi hanya setelah memenangi pilihanraya. Kenyataan itu sendiri merupakan pengakuan bahawa beliau menerima hakikat bahawa beliau berkewajipan untuk meletakan jawatan kerana ingin menjaga imej kerajaan itu.
Tetapi baru sekarang jugalah terbukti bahawa selama tiga dekad pemerintahannya beliau rupa-rupanya masih belum ada pengganti yang sesuai dan yang muktamad. Kalau zaman Tunku menjadi PM, semua rakyat tahu jika beliau meletakan jawatan dan bersara. Tun Razaklah pengganti beliau. Begitu jugalah semasa Tun Razak memimpin. Husein Onn lah orang yang akan menggantikan beliau dan seterusnya Mahathirlah pengganti Husein jika Husein meletakkan jawatan.
Selepas itu Mahathir telah memecahkan tradisi ini kerana dari awal lagi beliau lebih menumpukan usaha untuk memerintah sepanjang hayat jika ada peluang dan Musa Hitam bukannya pemimpin yang beliau mahukan mengganti beliau. Hasilnya berbagai alasan telah diberikan untuk membuatkan Musa tersepit dn terpaksa meletakan jawatan. Akhirnya Mahathir lah PM yang memecahkan rekod mempunyai empat Timbalannya sebelum meletakan jawatan setelah 22 tahun memimpin. Malahan sehingga sekarang Mahathir masih lagi dianggap sebagai PM oleh penyokong-penyokong ‘totok’nya.
Budaya ini sudah menjadi budaya yang kekal di dalam politik kita orang Melayu. Bak kata perbidalan, ‘bapak kencing berdiri, anak kencing berlari’. Konsep kepimpinan melalui teladan ini benar-benar berlaku di Sarawak. Taiblah murid Mahathir yang terbaik. Kata orang guru tetap guru tetapi muridnya mungkin menjadi Raja. Mahathir adalah gurunya dan Taib adalah murid yang telah menjadi Maharajah.
Ketiadaan persediaan awal untuk menyediakan pimpinan pengganti beliau ini membuktikan bahawa Taib tidak pernah berfikir untuk meletakkan jawatan selama ini. Sekarang ‘sudah nak berak baru menggali lubang’ kata orang tua-tua.
Mungkin BN masih lagi boleh selamat kali ini, itu pun kerana sikap PKR yang tamak dan sedang bergeser dengan SNAP dalam perebutan kerusi didalam pilihanraya ini. Jika PKR dan SNAP telah menyelesaikan isu ini lebih awal kita bolehlah rumuskan yang BN Sarawak akan menjadi pembangkang di DUN negeri itu.
Sampai bila kita hendak selamat kerana kekusutan pihak lain? Bila kah masanya kita akan disokong secara ‘legitimate’ dan bukan kerana kuasa dan infra politik yang kuat yang ada kepada kita?
DAN sampai bila kita hanya berjaya kerana diselamatkan oleh pengundi
pedalaman yang hanya mengikut kuasa yang ada kepada kita secara membuta tuli ini? Sampai bila…?
Bila kah masanya kita akan berjaya kerana mendapat sokongan yang benar-benar ‘legitimate’ dari rakyat dan tidak lagi kerana helah-helah politik orang yang sedang berkuasa?
Adakah akan sampai ketikanya yang kita memenangi pilihanraya dengan perlaksanaan demokrasi yang tulin? Walaupun jalan ke arah itu seolah-olah sudah tertutup namun kita wajar berdoa agar Tuhan memberikan hidayah kepada pemimpin-pemimpin dan rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak memudharatkan negara pada masa-masa yang akan datang.
Bagi pandangan saya, hanya afa’al Tuhan sahaja yang akan membuka hijab kita semua untuk melakukan perkara-perkara yang hanya di dalam keredhoan Tuhan yang Maha Esa.
— aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan