Sabtu, 9 April 2011

NAJIB SUDAH TERMAKAN DENGAN `UMPAN' ANWAR, KITA TUNGGU JAWAPANNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

AKHIRNYA `umpan' yang dipasang oleh DS Anwar mengena. Apabila heboh para pemimpin Umno dan pencacai mereka termasuk media bercerita pasal ingin menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk menyiasat video lucah yang hangat diperkatakan, DS Anwar berdiam diri sambil menunggu umpan dimakan oleh Najib pemimpin tertinggi puak mereka.

Sebelum ini para pencacai dan cicak mengkarung saja yang riuh rendah, dan bukan tandingan Anwar untuk berdepan dengan cicak mengkarung yang tidak cukup makan seperti Zahrain, Zul Kulim firaun besar, Chee Keong, Nazri botak, Berahim katak dan beberapa ekor lagi tu. Anwar tunggu bos segala cicak mengkarung berbunyi sahaja.

Hari ini, umpan telah dimakan dan bos cicak mengkarung pun berbunyi. Najib berkata mengapa Anwar dan pembangkang tidak bersetuju untuk mengadakan Suruhanjaya Siasatan di dalam kes video lucah yang ditayangkan oleh Rahim dan `geng three strooges' yang masih bebas tanpa ditangkap itu. Sebelum itu, kita mahu tanya Najib atas asas apa perlu ditubuhkan Suruhanjaya Bebas?

Hari ini Anwar merentap `umpan' yang dipasang sekian lama. Anwar bertanya ada kes yang lebih besar dari kes video lucah iaitu kes wanita Monggolia yang di bom dengan bahan letupan C4. Sehingga kini rakyat tertanya sebab apa wanita berkenaan dibunuh oleh dua orang yang dikatakan pegawai keselamatan yang rapat dengan Najib? Kes ini telah lama rakyat tuntut untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Bebas kerana nama Najib turut dikaitkan bersama Rosmah. Bagaimana pula dengan kes seorang bekas KM yang dikatakan merogol budak bawah umur? Kes tangkapan di Hotel Port Dickson yang dikatakan melibatkan seorang artis bersama tokoh politik negara. Mana Suruhanjaya Siasatan ?

Sebenarnya banyak lagi yang patut diadakan Suruhanjaya Siasatan di negara ini jika kes video lucah lelaki boroi ini mahu dianggap terlalu penting buat Najib. Mengapa ianya penting? Sebabnya kes yang dihadapi oleh Anwar sejak dari kes Liwat 1 dan sedang berjalan kes Liwat II semakin menjauhkan rakyat dari Umno. Itu hakikatnya.

Tahniah Anwar, umpan sudah mengena dan sekarang kita tunggu Najib mahu jawab atau tidak tentang pentingnya Suruhanjaya Siasatan Bebas untuk kes Altantuya, kes rogol gadis bawah umur dan juga kes di Hotel Port Dickson walaupun Suruhanjaya Siasatan kes video Lingam dulu tidak tahu hujung pangkal.

wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: