Harakahdaily |
ALOR SETARl: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak digesa memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berikutan kenyataannya kelmarin, yang dianggap tidak menghormati dan menghina pemimpin tertinggi kerajaan negeri. Desakan itu dibuat mahasiswa berikutan kenyataan lantang Mohamed Mustafa yang menyifatkan Ustaz Azizan hanya layak mengurus sekolah pondok, setelah Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun. Bagi mereka, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah. Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah. “Seharusnya kita sebagai seorang Islam harus memandang tinggi institusi agama seperti ini kerana ia telah banyak menyumbang dalam melahirkan para alim ulamak di Malaysia sehingga kini,” kata wakil mahasiswa UUM. Mahasiswa UUM juga berharap agar pihak atasan universiti bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu. Mahasiswa juga berpandangan UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang jauh lebih baik dan ia merupakan institusi terpenting dalam peneyebaran ilmu Islam di Malaysia sejak daru dahulu lagi. Mengulas mengenai kenyataan Mohamed Mustafa yang mempertikai kemampuan Kerajaan negeri untuk mengurus UUM kerana memerlukan bajet yang tinggi, mencecah RM300 juta setahun untuk mengurus 15,000 pelajarnya, Muhammad Sanusi iaitu Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah berkata, Kerajaan Negeri mampu mengurus 2 juta penduduk hanya dengan pendapatan RM500 juta. |
Isnin, 25 April 2011
Naib Canselor UUM patut minta maaf
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan