Isnin, 18 April 2011

Ketua Pemuda: Saya serahkan kepada perwakilan

FREE MALAYSIA TODAY

Beliau berkata, beliau akan memberi laluan jika ada orang lain yang lebih baik.



PETALING JAYA: Nasruddin Hassan Tantawi belum membuat keputusan sama ada mempertahankan jawatan ketua pemuda PAS aatu tidak dalam muktamar pemilihan parti, Jun depan.

“Jika masih diberi kepercayaan, saya akan mempertahankan (jawatan ketua pemuda PAS).

“Tetapi jika ada orang lain yang lebih baik, saya akan memberi laluan,” katanya hari ini.

Beliau menjadi ketua pemuda PAS pada 2009 setelah Salahuddin Ayub bertanding jawatan naib presiden.

Nasruddin berkata, jawatan ketua pemuda PAS bukan untuk dibanggakan sebaliknya tetapi merupakan satu bebanan dan amanah.

“Oleh kerana itu saya serahkan kepada perwakilan untuk menentukan jawatan saya,” tambahnya.

Ketika mengulas kekalahan semua lima calon PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak Ahad lalu, Nasruddin berkata, antara faktor ialah PAS baru bertapak di negeri itu sekitar 10 hingga 15 tahun.

Katanya, Sarawak juga kubu kuat BN menyebabkan PAS sukar menang di negeri tersebut.

“Jadi saya fikir pemimpin PAS tempatan perlu pro aktif menonjolkan diri supaya perjuanang parti lebih diketahui umum.

“Ketika ini belum banyak pemimpin tempatan (Sarawak) muncul di kalangan pemimpin negeri lain,” tambahnya.

Lima kerusi yang ditandingi PAS dalam pilihan raya negeri Sarawak ialah Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau – kalah kepada BN.

1 ulasan:

hussin berkata...

Menanti detik perpaduan
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0416&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm0