Sabtu, 9 April 2011

Keputusan cap Alkitab idea bodoh, kata Taib Mahmud


MUKAH– Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan meletakkan cap pada kitab Injil versi Bahasa Malaysia, yang ditahan Kementerian Dalam Negeri, sebagai “idea bodoh” dan tidak seharusnya diguna pakai di Sarawak.

Awalnya, Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melepaskan lebih 35,000 naskhah Alkitab dengan mengenakan tag khas dan nombor siri tetapi diubah kemudian di bawah 10 formula penyelesaian yang diumumkan minggu lalu.

Sambil mendakwa tindakan Kementerian Dalam Negeri ke atas Alkitab itu sebagai mengarut, Taib (gambar) berkata beliau telah melahirkan pandangan mengenainya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Sarawak baru-baru ini.

“Saya memberitahu beliau bahawa ia harus dihentikan dan Najib berkata ‘ya, saya setuju’,” kata Taib kepada pemberita selepas membuka bangunan baru gereja Katolik St Peter dan St Paul di sini hari ini.

Tiada ulasan: