Jumaat, 22 April 2011

Gesaan batalkan cuti Deepavali, Wesak dibidas

MALAYSIA KINI


Gesaan pengerusi Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor agar cuti umum bagi Deepavali dan Hari Wesak dibatalkan dan dijadikan hari bekerja menimbulkan kemarahan masyarakat India yang menuntut kenyataan itu ditarik balik dan permohonan maaf dibuat.

NONETan Sri William Cheng dilaporkan berkata 'terlalu banyak' bilangan cuti umum adalah tidak baik bagi dunia perniagaan.

Katanya, kerajaan perlu menimbangkan untuk membatalkan Deepavali dan Hari Wesak kerana hanya golongan 'minoriti' yang meraikan upcara berkenaan.

DAP dalam satu kenyataan hari ini berkata mereka terkejut dengan pendirian seumpama itu dan melahirkan bantahan keras terhadap cadangan tersebut.

Naib pengerusinya, M Kulasegaran berkata penganut agama Hindu yang menyambut Deepavali dan peganut agama Buddha yang meraikan Hari Wesak bukan penduduk minoriti.

“Kedua-dua perayaan itu disambut oleh jutaan rakyat di negara ini,” kata Kulasegaran yang juga ahli parlimen Ipoh Barat.

NONEKatanya, menjadi hak masyarakat perniagaan dan majikan untuk menjadikan produktiviti sebagai keutamaan, namun golongan itu tidak seharusnya 'merompak' penganut agama Hindu dan Buddha daripada cuti umum mereka.

“Malah, tidak ada sesiapapun yang sepatutnya merompak mana-mana bangsa atau kumpulan daripada cuti umum yang telah digazetkan,” kata Kulasegaran sambil menambah majikan harus mencari jalan lain bagi meningkatkan produktiviti dan bukannya menarik balik cuti umum pekerja.

“Selain itu, cuti umum mengalakkan pertumbuhan ekonomi kerana lebih ramai yang akan melancong dan membanjiri pusat membeli-belah,” katanya.


Tiada ulasan: