Heboh satu Malaysia pasal email 1 Malaysia ini.Dengan kos sebanyak RM 50 juta, pembangunan email 1 Malaysia ini akan dijalankan oleh Syarikat Tricubes Berhad, yang juga akan menbangunkan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.Masalahnya sekarang, adakah ianya perlu?
Oleh Lee Wei LianApril 19, 2011PUTRAJAYA, 19 April — Kesemua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas akan diberikan akaun e-mel 1 Malaysia yang terjamin bagi tujuan-tujuan rasmi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Akaun e-mel itu akan membolehkan perhubungan langsung dan selamat antara rakyat dan kerajaan.
Ia sebahagian daripada perkhidmatan portal kerajaan sepusat.
Portal web itu akan dibangunkan oleh Tricubes Berhad, antara lain menyediakan perkhidmatan seperti rangkaian sosial dan pembayaran bil atas talian.
Apakah fungsi sebenar-benarnya Email 1 Malaysia ni? Kalau nak diikutkan kenyataan dari laman web, MyEmail atau E-Mail 1 Malaysia adalah perkhidmatan mesej e-mel yang terbuka untuk semua Malaysia. Jika anda seorang warga negara Malaysia maka anda berhak untuk mendapat akaun MyEmail.
Tujuannya adalah, anda boleh mendapatkan berita terbaru dan berita tentang kerajaan terus ke inbox anda.Anda akan Jadi orang yang pertama tahu tentang inisiatif baru kerajaan, perkhidmatan atau dasar.Bagi anda, pentingkah semua ini? Pada pendapat kami, bukanlah kami nak bangkang, tetapi ada jalan lain yang lebih mudah dan murah.
Isu keselamatan dat juga perlu diperhatikan.Dan ianya juga bukannya perkara yang mudah dan murah.Apa terjadi kepada WauMail suatu masa dulu? Yang digodam sehingga habis 600,000 email akaunnya disalin oleh pihak tidak bertanggungjawab? Kami tak ragui kemampuan rakyat tempatan, tetapi dengan projek skala besar ini, ini mungkin satu masalah besar kalau tidak menggunakan tahap sekuriti yang maksimum.
Kerajaan Malaysia boleh sahaja menggunakan pakai atau bergabung dengan mana-mana nama besar dalam penyediaan email seperti Yahoo, dan Gmail, yang ternyata lebih murah kosnya.Bukan murah nak jaga datacenter dan server untuk 20 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.Bayangkan sahaja kos data yang terlibat.Belum kira kos server dan lain-lain lagiSoalnya sekarang, projek email 1 Malaysia ini guna duit dari Kerajaan atau tidak?
“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,”
Itu adalah kenyataan Perdana Menteri berkenaan samada projek email 1 Malaysia ini menggunakan wang kerajaan atau tidak.tetapi perlu diingat,pemegang saham kedua terbesar Tricubes Berhad adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).
Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak. Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.Siapa Nazir? .Menurut maklumat Bursa Malaysia, Tricubes telah disenaraikan sebagai status BN3 dan perlu mengetengahkan program penstrukturan kewangan, atau berdepan dengan nasib “delist“.
Selain itu, menurut laporan kewangan 2010 Tricubes, syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sebanyak RM3.35 juta (RM3,346,752). Meskipun Tricubes memohon agar Bursa Malaysia mengecualikan dirinya daripada peraturan GN3, namun Bursa Malaysia enggan meluluskan permintaannya.
Menurut peraturan GN3 di Bursa Malaysia, Tricubes perlu mengemukakan satu rancangan penstrukturan semula kewangannya dalam tempoh 12 bulan, bermula 29 Oktober 2010 (tarikh dimasukkan ke status GN3). Malah, rancangan tersebut perlu diluluskan Bursa, malah dilantik penajanya dalam masa tiga bulan, dan menghabiskan program penstrukturan semula dalam masa enam bulan selepas diluluskan Bursa.
Jikalau Tricubes gagal mematuhi mana-mana peraturan, maka Bursa Malaysia boleh menghentikan sementara jual-beli saham syarikatnya, dan kemudian menarik penyenaraiannya (delist).
Pada saat-saat yang genting ini, Najib membawa cahaya harapan kepada penstrukturan semula kewangan Tricubes apabila mengumumkan pemberian projek 1Malaysia email bernilai RM50 juta kepadanya. Berikutan kontrak ini, Tricubes mungkin sempat untuk mengemukakan rancangan penstrukturan kewangannya sebelum hujung Oktober.
Cuma kami nak tanya lah, sekiranya projek 1 malaysia ini tidak berjalan dengan lancar, adakah akan berlaku Bailout dari kerajaan atau sebagainya? Pada hemat kami, berkemungkinan penganugerahan projek ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata bagi menyelamatkan syarikat tersebut daripada dikelaurkan dari senarai Bursa.Itu sahaja.
Dan dengan mendapat “backup” dari kerajaan, berkemungkinan besar Tricubes dapat mencari dana-dana untuk menghasilkan projek ini.Cuma kami sarankan, lebih baik Tricubes keluar dengan idea yang lebih segar.Kami pasti ini akan menjadi satu lagi projek berskala besar yang gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan