Ahad, 3 April 2011

Bob Lokman pusing Kuala Terengganu bawa mesej 'PAS Ganti Umno'

PASPB

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKTcbg3a.jpg


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membawa 'bekas selebriti' Bob Lukman menjelajah bandar Kuala Terengganu bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno' (PGU) kepada warga 'bandaraya' tersebut.

Setiausahanya Wan Faizul Abas berkata, program 'santai' itu dianjurkan bersama dengan pemuda 'bandaraya' Kuala Terengganu yang dimulakan dengan minum pagi di pasar Cabang Tiga dan berakhir di Pasar Besar Kedai Payang.

(Gambar kiri - bertemu dengan orang ramai di Pasar Cabang 3 selepas minum pagi di kedai 'sup bebola ikan Nazim'.)

"Ia adalah pendekatan bersemuka dengan masyarakat bandar, disamping kita mengedarkan risalah bagi menyampaikan mesej 'PAS Ganti Umno', (PGU),

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/boblokmanKT035.jpg"terutamanya memberi awasan dan kesedaran tentang program Himpunan Kbangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) kali ke-3 yang akan diadakan di Kuala Terengganu Mei depan,"ujarnya ketika ditemui.

Wan Faizul berkata, pimpinan PAS negeri Terengganu telah memutuskan PGU kali ke-3 ini di panggil sebagai 'PGU100K' yang mensasarkan 100,000 orang kehadiran ahli, penyokong serta pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ke program tersebut.

(Gambar kanan - bersama orang ramai di suatu pameran kesihatan di Mydin Mall, disebelah kiri Bob adalah Wan Faizul)

Katanya, kedua-dua Himpunan PGU, kali petama di Chukai, Kemaman dan PGU kali ke-2 di Jerteh, Besut, telah berjaya menghimpunkan masing-masing, lebih 50,000 hadirin.

"Justeru, pemuda mengambil langkah awal mempromosikan PGU100K, sempena lawatan Bob ke Kuala Terengganu,"katanya

Tiada ulasan: