Jumaat, 21 Januari 2011

Tidak lupa walaupun sibuk

N.05 DUN TENANG

LABIS
- Dalam kesibukan program harian, selepas beramah mesra dengan penduduk di Tenang Stesen dan meyampaikan buah limau dan kad ucapan sempena Tahun Baru Cina, Normala Sudirman bakal Calon PAS PRK Tenang atau lebih mesra dikenali Cikgu Mala masih sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Markon Yunos, 80 di Felda Chempelak pagi tadi.

Allahyarham Markon merupakan salah seorang peneroka di kawasan itu. Menurut balunya Alimah Jantan, suaminya menghembuskan nafas terakhir malam tadi dalam keadaan yang sangat tenang dan sempat melafazkan kalimah syahadah. Allahyarham meninggal kerana sakit tua dan telah selamat dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi.

Cikgu Mala mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Tiada ulasan: